Adab

Friday, February 12, 2010

Assalamualaikum..

hmm..tadi petang ada kelas Research Methodology..hari ni punya tajuk kuliah menarik perhatian dan saya walaupun agak keletihan dan mengantuk di awal kelas tapi berjaya juga tahan mata untuk meneruskan tumpuan untuk kelas tersebut..saya dah lama perasan..saya bukan nak kata saya ni beradab sangat or baik sangat tapi kadang-kadang kan adab tu datang sendiri tanda hormat kita pada orang lain..

Student kelas ni, baik foreigners mahupun local, masing-masing dah besar panjang dan masing-masing dah pernah lalui zaman sekolah dan undergrad satu ketika dahulu..tapi saya agak perasan jugak sikap segelintir pelajar postgraduate ni. adakah hanya kerana anda memegang title student pascasiswazah, anda boleh keluar masuk sesuka hati anda (datang lambat sampaikan lagi 5 minit kelas nak abis anda baru sampai lepas tu selamba kodok tanpa rasa bersalah jalan sana sini cari kedatangan) semasa Lecturer sedang mangajar? Adakah anda diberi kelayakan untuk sembang kat henfon anda dan cakap agak kuat kerana anda berasakan diri anda hebat sebagai pelajar pascasiswazah dan tidak lagi berasa hormat kepada Pengajar didepan dan juga pelajar lain?Adakah anda rasa diri anda lagi hebat dari tenaga Pengajar yang sedang mengajar hanya kerana anda mempunyai kad matrik yang tertulis pascasiswazah maka anda rasa anda berhak untuk bersembang dengan rakan anda secara kuat?

*jangan berperangai seperti senduk ok*

first half kelas bukan main penuh kelas, sebab nak tanda kedatangan kan? lepas break ramai yang dah balik..itu hak kamu, saya taknak masuk campur..tapi lecturer tengah mengajar didepan kamu bukan main lagi kemas barang pung-pang-pung-pang lepas tu cabut di depan mata lecturer itu sendiri..takde rasa hormat ke? alamak...beretika la sedikit...tanpa ilmu Lecturer kat depan tu, kamu tak kemana...baru je student pascasiswazah, belum grad pun lagi..jauh lagi perjalanan nak grad..

*jangan berperangai seperti senduk ok*

tak kira kita belajar di peringkat mana sekalipun, tolong la hormat orang lain tak kira la Lecturer ke Prof ke student lain ke..terkesan kekecewaan pada wajah Prof Madya Ahmad Mahir tadi semasa satu-satu pelajarnya keluar dari kelas. adab kamu dimana?saya sangat yakin setiap agama dan setiap bangsa sangat-sangat menekankan adab..tapi nyata ramai yang tak praktikkan..

*jangan berperangai seperti senduk ok*

ini teguran untuk semua dan juga untuk diri saya sendiri..

Take care and have fun..

XOXO..

4 Kisah Mengisah:

X-Men said...

Ni tak lain dan tak bukan mesti 99% dari mereka-mereka yang kurang ajar dan kaki buat onar ni adalah mangkok-mangkok dari timur tengah.

Bukan nak kata orang dari sana semuanya teruk-teruk, sebab ramai jer orang dari sana yang baik-baik. Cuma yang datang belajar sini memang mostly jenis yang bodoh, malas dan kurang ajar.

Zati Suka Pelangi said...

Mr X-men teka dengan tepat..tapi ada juga student kita pun buat..tapi mereka dari sana agak daring..student kita nak buat malu2..memang yang buat onar dari first kelas aritu sampai hari ni adalah mereka dari sana. pening kepala tgk perangai dorang..kalau takde ifek kat kita takpe..kadang-kadang sembang selamba je sekuat hati dorang padahal Prof tgh bagi lecture kat depan..zati pun pernah je jumpa orang yang baik-baik, berbudi pekerti elok yang datang dari sana..CTH Abdullela pelajar pHd Prof suatu ketika dahulu..entah la..belajar tinggi-tinggi tapi perangai senduk..

Anonymous said...

menarik entri nie.
tapi rasanyer rata2 semua kaum macam tuh.
kadang2 i pon mengantok dalam kelas.
tapi macma kesian je nak tido.
nanti mesti lect ade terasa hati sket dan tertanya-tanya.
aku mengajar xbest ke.
jadi sebagai menghormati, buat2 la mata bulat.
hoho

Zati Suka Pelangi said...

nie bukan kes tido huda...nie kes lain..mmg semua kaum ada yang perangai camni..tapi tu la, seakan2 yang dtg sini dari sana ramai yang tak menunjukkan rasa hormat kepada lecturer..tido takde masalah..zati pun rajin je tertido..huhu..tapi sikap mereka lebih daring dari kita. mereka keluar dari kuliah utk balik sesuka hati..sekali keluar ramai2 satu geng..lepastu kawan hujung dunia sana,dia hujung dunia sini, selamba je cakap kuat2 sedangkan lecturer tgh mengajar kat depan..

tak dinafikan pelajar negara kita pun ada yang sedemikian..tu la zati kata..teguran untuk semua..biarla beradab sikit..even teguran ni pun utk diri zati jugak..