Terjah Klebang

Wednesday, February 17, 2010

Assalamualaikum..

semalam petang satu famili keluar konon-konon nak cari makan di area Klebang..mula-mula baik punya rancang macam dengar-dengar nak makan kat Pengkalan Balak..alih-alih tengok terjah Klebang pulak..jalan punya jalan singgah kat satu kedai berdepan dengan Shah's Beach Resort *resort nie best..chalet dia cantik unik dan bertradisi kemelayuan..*..mula-mula takde tempat duduk kosong but then dapat jugak satu meja kosong..tapi pelayan kedai tu tak datang-datang ambil order..then, after a few minutes later, pelayan dia datang nak kutip cawan-cawan kosong and then dia kata makanan habis..tinggal minuman saja..ok la...saya memang nak minum coconut shake *this is not the gerai yang famous dengan coconut shake tu ok*..tapi lepas amek cawan-cawan kotor tadi pelayan terus tak datang-datang dah...wah...marah betul...so kitorang decide untuk cha aliff but..hehe..*cabut*..

kitorang jalan punya jalan, sampai kitorang decide untuk makan kat satu stall yang pernah rajin kitorang singgah waktu saya belajar kat melaka masa kecil-kecil dulu...asal outing je makan kat kedai ni..kitorang pun singgah la...dulu kedai-kedai kat situ kat tepi laut..dulu ramai gila orang datang lepak-lepak kat situ..sekarang sudah kena tambak...so kesian juga orang yang berniaga kat situ sebab dah tak seramai dulu dah yang datang kat situ sejak-sejak projek tambak laut dijalankan..



tiba-tiba dalam kelapangan kawasan tambak tu, terpacak satu benda..terpacak "Satu Malaysia" dalam kelapangan itu..adeh..pelik jugak la sebab tetiba je dia ada kat situ..sekeliling dia punya la macam padang jarak padang terkukur..ahaha..besar pulak tu..


nak jugak tangkap gambar kat situ *takde la sangap sangat nak tangkap gambar kat benda alah tu tapi saja je..benda dah ada..ahahaha* tapi disebabkan kena lalu jambatan sikit and terang-terang kemalasan saya ni dah sememangnya melampaui batas, so tangkap gambar dari jauh je la..as usual, nak ambil pic kawasan tambak, my sis pulak camwhoring all the way..susah kalau ada lembaga yang suka intrude gambar..ahahah...

pic atas tak nampak sangat ke'tiba-tiba'an dia so this is another pic yang boleh nampak jelas ke'tiba-tiba'an dia di kawasan tu..sori sis I crop out your pic..ahaha..

baru la jelas sikit..

so tu je la yang nak diperkatakan..

take care and have fun.

XOXO..

2 Kisah Mengisah:

Alynn Notnot said...

waaaah, pelik nye. nape macam tu?

Zati said...

memang kelakar kalau tgk..sepanjang-panjang kawasan tambak memang kosong tkade pembangunan lagi tetiba je dorang buat tugu 1 malaysia..nak kata tarikan pelancong tak tau la..nampak mcm takde sape je yang pergi situ..hehe..