Kisah Tengkorak

Friday, February 26, 2010

Assalamualaikum..

pelik pulak nape la kisah tengkorak pula yang keluar..hehe..bila ingat semula kisah tengkorak ni, sure mak meletus gelak sakan-sakan..pasal mak mangsa kejadian kisah tengkorak ni..mak aih..semacam je ek..

 kisah tengkorak ni bermula masa kami satu famili baru pulang dari hidup di perantauan..ayah belajar so kami ikut la satu famili..dah pun duduk dari kecil, so ambo ni tak reti nak cakap melayu bila balik sini. bila balik sini masa tu darjah satu so mak masukkan la ambo dan kakak ambo ke SRK Raja Muda Shah Alam..wah!!gah betul nama sekolah..huhu..suka-suka ambo je tayang nama sekolah ek..bermula la episode baru persekolahan. fresh lagi dari perantauan terus sekolah kat sini..masa tu memang macam ayam dengan itik la..

one fine day, Cikgu Rohana, ambo punya guru kelas, pesan la kat satu kelas suruh bawa something ke sekolah esok hari..wah!!masa tu ambo dah faham sikit-sikit dah bahasa melayu ni..*bajet anak omputih la ambo ni*..so ambo balik dengan senang hati lalu sampai rumah ambo bilang kat mak apa yang cikgu Rohana nak ambo bawak esok..

ambo: Mak, cikgu Rohana minta Tengkorak..

mak ambo: (tercekik air kiur sendiri) kamu biar betul cikgu nak Tengkorak?!!

ambo: Cikgu Rohana minta Tengkorak!!

mak ambo: (penuh sabar) Cikgu Rohana minta Tempurung kot dik..

ambo: (penuh keyakinan) Cikgu Rohana minta Tengkorak!!!!! 

mak ambo: (darah dah mendidih) Tempurung ke Tengkorak?!!!!

ambo: (dah tantrum sambil nangis-nangis) Cikgu Rohana minta Tengkorak..bukan Tempurung..

mak ambo: (dah rasa macam nak sembelih orang) KUBUR MANA MAK NAK GALI NI DIK!!!!!!

ambo: Cikgu nak tengkorak!!!cikgu nak tengkorak!!! (guling-guling atas lantai)

mak ambo: Budak nie!!!

so, berlarutan la kisah tengkorak dan tempurung sampai ke malam sampai ayahanda balik, mak mengadu kat ayah lalu berbincang dan esoknya mak pergi sekolah tanya Cikgu Rohana..(mak ayah dah tau kena bawak tempurung tapi anaknya degil yang amat)..take note cikgu Rohana tahu ambo ni tak paham bahasa sikit..

mak ambo: Cikgu, cikgu nak tempurung ke tengkorak? Izzati kata cikgu nak tengkorak..

cikgu: Masya-Allah..bila pulak saya request nak tengkorak (sambil gelak-gelak)..cikgu nak tempurung la..

mak ambo: (dengan nada kan-mak-dah-kata-tu-la-kamu-degil) hah!!tempurung la..tengkorak pulak..Bertuah punya budak..

ces..macam mana la tempurung boleh jadi tengkorak pun ambo tak pasti..yang pasti ambo sangat pasti cikgu nak tengkorak..hehe..

kisah tengkorak ni, mak ayah memang tak pernah lupa sampai ke hari ni..ambo pun tak tau la mana silapnya pendengaran ambo nie..

so, tu je la cerita ambo malam ni..

take care and have fun..

XOXO..

14 Kisah Mengisah:

AcanCapik said...

haha... lawak la. bese la kan, kecik2 dulu lubang telinga kecik, dengar pun tak berapa jelas...ngeee...

Alynn Notnot said...

haaaaa? nape tengkorak? :))

Zati said...

Acan: tu la pasal..haish..nasib je mak tak gi gali kubur..hehe..

Alynn: tak tau la..dlm byk2 perkataan dlm donia ni, tengkorak pulak yang jadi pilihan time tu..huhu..

yana.lili.lala said...

hahahahahhahhahhahahhhaha

kak zati!!!!!!!!!!! kita baca sambil guling ketawa terbahak-bahak sorang-sorang. haha

Atiqah said...

guling2 tiqah gelak..
yg kelakarnye, confident je ckp cikgu tu nk tengkorak smpai nangis2..maklumla bdk2 kecik..tiqah kecik2 dlu pun cmtu..hahaha

Zati said...

jgn kata yana and tiqah, kalau bukak cerita ni balik kat mak kak zati, sure dia pun guling2 gelak..hehe..

mcsue said...

hahaha..awat la zati tempurung leh tukar jd tengkorak..hahaha

Zati said...

tu la mcsue..padahal mkn belacan semua..tengkorak ngn tempurung pun takleh beza..nasib la mak penyabar orangnye..

Aus said...

hahahak , ape kes leh salah dgr..
hahahha .

q-nizam said...

hahaha...kecik2 dah sound system problem..hahahha..siap gulik2 nangis tu..haha

Zati said...

aus: salah dengar, salah paham, tak reti bahasa..ahaha..kot2 la cikgu dok wat koleksi tengkorak..ahaha..

q-nizam: tu la..problem betul la..dah besor nie lagi la menjadi2..ahakz..guling2 tu exercise..ahaha..

zulhilmi bdk blur said...

tengkorak...
oo0o...
tengkorak..
hihi

Zati said...

zulhilmi panggil sape tu?ahahaha...

Bungakopi said...

kelakar entri ni, buatku heran dan tesenyum