Kisah Course Kau Senang...Boleh La Skor..

Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum..

hmm..topik yang takde la menarik sangat tapi boleh dikatakan ring a bell to those yang pernah melalui kata-kata hikmat seperti ini.. pernah tak you all berkata or dikata seperti ini "alaa...boleh la kau skor power-power..tengok course la..course kau senang skor.." ataupun mungkin ini "tgk IPTA/IPTS kot..IPTA/IPTS kau senang bagi markah..sebab tu la kau leh skor tinggi..".. jelak kan dengar? macam course yang dia ambil sorang je yang sangat susah.

wake up la kepada sesiapa yang masih menganggap sebegitu. bukan apa..nampak macam senang..no matter orang ambil course apa, show some respect la..setiap orang punya minat yang berbeza. cuba kalau you all tak minat and takde background, sure tak boleh skor jugak kan..tak kisah la course apa, medic ke, engineering ke, sains ke, account ke, agama ke, setiap course punya bench mark tersendiri dan bukan semua orang boleh ambil ikut senang hati.

saya dulu pernah la ada makcik ni tanye ambil apa degree? saya dengan jujur kata dapat zoologi. makcik tu dengan penuh yakin kata, zoologi je kot, orang SPM semua D pun boleh masuk. aik? kenapa perlu menghina. bukan kah kita nie sebangsa, seagama, senegara. kenapa perlu ada hasad dan dengki daam hati. tak baik la. kita kalau dengar kejayaan orang lain, tolong la jangan dengki. cemburu boleh, tapi jadikan satu motivasi untuk diri kita untuk lebih berjaya. bukannya kita tolong down kan orang tu sampai sanggup menghina orang lain. kikisla budaya sebegitu. jangan la diperturunkan ke anak cucu makanya sampai bila-bila pun budaya tak elok ni menular.

saya yakin ramai lagi yang kat luar sana mengalami keadaan sebegini. tak kisah la tentang apa..asal ada saja kejayaan kita, pasti ada orang lain tolong down kan kita. tapi saya think positive. mungkin dia tolong kita so that kita jangan terlalu membangga diri..so thank you la kalau niatnya macam tu. tapi kalau niat semata-mata kerana dengki, hmmm...tu jawab la nanti ngn Tuhan. saya maafkan sahaja. tak mahu ada rasa sakit di hati..

biasa la tu mana-mana kita pergi sure ada yang dengki. asal kita berjaya ramai yang dengki tapi bila kita tersungkur, ramai lagi yang hina. pendek kata, apa yang jadi ke atas diri kita pasti menjadi bahan bualan orang ramai. tapi satu perkara yang saya terap dalam diri adalah jangan kisah sangat apa orang nak kata. hidup kita biarlah kita saja yang tentukan. jangan biarkan orang lain ikut mempengaruhi. kita hidup kerana Allah..bukan kerana apa orang nak kata. kita tak risaukan keikhlasan kita menjalani hidup tapi sebaliknya kita risau kalau kita buat macam nie orang kata macam ni..ermm...mungkin belum terlambat lagi kita nak perbetulkan niat kita hidup..

orang kata ni kita boleh jadikan panduan supaya kita tak tersasar dari paksi kita. tapi jangan la sampai kita hidup berpaksikan orang berkata..lain kan?

so apa-apa pun, saya wish all the best to semua orang dah live life the fullest k...

XOXO..

0 Kisah Mengisah: