Kisah Angan-Angan Mat Jenin

Wednesday, January 13, 2010

Assalamualaikum..
taken from warisan Budaya Malaysia
http://malaysiana.pnm.my
(klik to read the story)


mat jenin, bila sebut je mesti teringat kisah sadis mat jenin. semua orang pasti punya angan-angan. semua pasti sedang bertungkus-lumus untuk merealisasikan angan-angan masing-masing. saya jugak punya angan-angan.

a wise man once told me that "angankan apa yang kita impikan, berusaha kecapi angan-angan, maka akan jadi kenyataan, barulah tidak digelar mat jenin"

betul..kalau setakat angan-angan, semua orang pasti boleh lakukan tanpa sebarang masalah. tapi untuk jadikan angan-angan tersebut satu kenyataan, tidak semua boleh lakukan. hanya mereka yang mahu berusaha sahaja yang boleh jadikan kenyataan. yang suka duduk goyang kaki pasti tidak akan dapat apa yang diangankan. saya sangant setuju dengan apa yang beliau katakan pada saya suatu ketika dahulu. kisah mat jenin adalah satu kisah yang amat berguna. kidah yang tak pernah lapuk dek zaman. dan saya tentu pasti akan menceritakan kisah mat jenin ini pada anak-anak saya nanti. biar dijadikan satu iktibar nanti.

kenapa hari ini, saya melalut cakap pasal mat jenin? ada pertalian persaudaraan ke? hehe..takde la..sepanjang hari berada dalam bilik, saya meneliti azam 2009. yang mana dah jadi kenyataan dan yang mana belum. ada beberapa azam yang tergendala (saya panggil angan-angan mat jenin). tahun nie saya panjangkan semula azam 2009. saya sambung kontrak azam tahun lepas. hehe.. agaknya, boleh ke sampai azam kali ni? macam boleh achieve but I really have to strive for it. I still remember slogan sekolah convent sitiawan dulu. SIMPLE IN VIRTUE AND STRONG IN DUTY. memang mendalam maksudnya. saya make sure saya sentiasa pegang slogan nie sampai saya mati. dan saya akan turunkan motto hidup (and sekolah..pinjam k) ke anak-anak saya nanti.


apa-apa, kita kena struggle. yup, memang penat bila usaha tapi saya pernah diberi kata semangat, "bila kita usaha, hasilnya pasti lebih manis".

so, I hope apa yang diceritakan kat atas nie may give you some heads up untuk setiap azam yang dah pun di azamkan. sebab saya pasti, semua orang boleh capai azam kalau kita yakin dan berusaha sepenuh hati. dan jangan sesekali lupa, lepas dah usaha, kita serahkan pada Allah. sentiasa minta pada-Nya. Mak pernah nasihat "kalau kita lupa Allah, Allah pun akan lupakan kita"..

so,Enjoy and take care

XOXO..


0 Kisah Mengisah: