Kisah Budak Hingusan

Saturday, January 16, 2010

Assalamualaikum..


it's been like 3 days already but still my nose doesn't show any sign of stop berhingus. memang skang dalam irritating mood sebab dengan runny nose macam nie, lots of works and studies yang tertunda *alasan tak mahu stadi tu cakap je la terus terang*..tapi memang irritating *this one memang for real*..

so setelah dinasihatkan oleh ramai orang, saya tertarik sangat sebab masing-masing punya petua masing-masing..*sampai keliru nak ikut yang mana..last-last telan ubat selsema je*

  • ada seorang kawan yang prihatin nasihatkan saya minum air suam banyak-banyak *memang biasa sangat dengar petua ni*
  • ada seorang ni pulak nasihatkan saya minum scott emulsion *erk..tu bkn kalau tak kena selsema then amalkan sure tak kena*~hiks
  • ada jugak yang nasihat jangan mandi lepas maghrib *taknak mandi terus leh tak..sejuk...*~hiks
  • ada juga yang suruh letak minyak kapak or vicks kat hidung so that hingus meleleh keluar laju so that esoknya takde lagi hingus nak keluar *jijik betul la kau punya idea..leh pakai ke*
  • ada yang suruh embunkan air halia then minum..*embunkan tu macam mana ek?*~hiks
  • ada jugak yang kate pergi la sapu bilik tu..mungkin bilik dah berdebu..tu yang asik selsema je..*erk..kau tolong la sapukan..aku kan tengah saket nie*
  • erm..kawanku kata minum ari teh-o panas..bila saya tanya kenapa dia kata dia terbaca kat internet..*ces..kau tak tahu alasan rupanya*
  • last but not least *banyak lagi tapi tak tertulis la kat sini pasal banyak sangat*, makan la ubat selsema yang warna kuning tu..*siap offer lagi ubat selsema dia..apa kau nie dealer ubat selsema ke..ahahahaha*..
conclusion : saya masih lagi setia makan ubat selsema tak mengantuk diprovide oleh doktor poliklinik ayer keroh. I can't afford untuk mengantuk pada masa ni sebab saya perlu lakukan banyak kerja..

anyway, thanks to those who care..love ya..

XOXO..

0 Kisah Mengisah: