Kisah Interview Semalam

Friday, March 19, 2010

Assalamualaikum..

sorry guys..busy lately..yang singgah tenkiu very much..ni macam dah reda semula kehidupan, boleh la blogwalk ke blog kawan-kawan. 

Semalam interview di Jalan Cenderasari. seawal 6.00 pagi ambo bertolak dari Bangi sebab along kata dia takut sesat. interview pulak start pukul 8 pagi. sampai dalam pukul 7.15 pagi. memang sesat mula-mula. ntah mana along melilau ntah. ikut suka hati dia je nak masuk mana. last-last sampai, kitorang makan breakfast kat gerai makan depan Bukit Aman. time tu tak lalu nak makan la..tapi along suruh jugak makan. hati dah berdebar-debar macam nak pergi perang pulak rasa. then dalam 7.30 pagi along teman sampai masuk dalam. pemberi semangat la katakan. dia ikut sekali teman sampai dalam bilik menunggu. hah kau! nak sangat berteman kan..

last-last dia panggil naik tingkat 2. register pelbagai benda then nama ambo dipanggil. orang tu kata aku first untuk bilik interview G. mak aih. takkan aku first? *dah dia kata first tu, first la kan*..berdebar rasa macam nak suruh along ikut sekali masuk interview. ahaha.. then paling menakutkan masa tunggu kat bilik menunggu tingkat 3 depan bilik G tu, tetiba nombor ambo naik..adeh, time tu rasa segala benda dalam perut nak keluar. cait.. tepat pukul 8.15 pagi ambo start diinterview. ok la.. mak ambo pesan kena konfiden. ambo bantai konfiden. mak ambo pesan senyum, ambo bantai buat iklan gigi kat dalam bilik interview. nasib la..dalam setengah jam jugak la dorang dok sembang dengan ambo..macam-macam dorang tanya. ambo pulak dari tangan sejuk-sejuk dah jadi suam-suam..sebab lama sangat dorang sembang dengan ambo. 

last-last ambo keluar dari bilik interview. dalam pukul 8.45 pagi. ambo keluar bilik yang lepas ambo dah ketar-ketar dah. hehe.. 8.45 pagi ambo habis interview. along ambo baru nak lelap kat dalam bilik menunggu terkejut ambo abis dah. last-last dia kata "nie nak g kerja pun sempat lagi".. tapi ambo sebagai adik yang bahagia ajak dia lepak-lepak sebab ambo nak kikis duit dia. ahaha..ambo memang kaki kikis duit orang.. along kata, kalau dapat kerja ni, ambo kena belanja dia makan kat Pakcik Kenny. ambo kata boleh saje. kena doa kuat-kuat la..

so..tu je la yang jadi semalam. owh..semalam along bawak jalan-jalan kat Alamanda. Along ajak tengok wayang.. konon-konon sempena ambo dah interview. along belanja. cerita apa tah. Mel Gibson main. best wooo... ambo suka Mel Gibson. tapi dah tua. tapi cerita dia best even though dragging sikit masa awal cerita. tapi keseluruhan memang best. ingat nak tengok Book of Eli tapi along kata nak cerita yang realistic sikit. ikut la..bagi ambo and along, cerita tu memang worth la the RM7.00..early bird kan so harga tiket murah..

ok la..bebel banyak pulak..

take care and have fun..

XOXO

3 Kisah Mengisah:

HDS voice said...

wahaha..mesti rancak gile bdebar dlm intrvw 2 kn..
ape mcm..??ada cnfdent..?

Zati Suka Pelangi said...

@HDS

tak tau la nak cakap macam mana..harap2 dapat la..hehe..kondifen je memanjang..ahaha..doa2 kan la ek..

Hidier said...

all d best!!!