Assalamualaikum..
Entry kali ini tak ada kena mengena dengan entry sebelum ini. kalau ada kena mengena pun, minta mahap la ye..Ambo pun pernah duduk dalam kawasan emosi. Ambo pun pernah beremosi. Ada sesiapa tak ada emosi? hehe..gurauan di petang hari. Ambo pernah buat salah dan ambo mengaku ambo pernah buat salah. Ada sesiapa tak pernah buat salah angkat tangan..gurauan lagi.
Ambo pernah dikuasai emosi dan tindakan tidak rasional. Dan ambo admit kesalahan-kesalahan dalam sedar ambo juga terlalu banyak. Ambo sedar dan ambo mengaku. Pada masa itu, ramai la yang terguris hati dengan ambo yang serba kekurangan ni. bagi ambo, kalau terguris hati dengan ambo, meh la message ambo ke, cakap dengan ambo secara direct dan bukan dengan cara lawan dan perang alam maya. Guna facebook dan blog. Sejak itu, ambo tak tahu apa yang tebuku di benak hati kalian..Ambo secara rendah diri dan selayaknya ambo di persalahkan, ambo meminta maaf pada semua pihak yang telah terbabit secara langsung atau tidak langsung.
sejak ambo mengumumkan keputusan ambo sewaktu ketika dahulu, ambo perasan kamu mahupun kamu dan juga kamu dam kamu, kamu juga disana, kamu yang disini, kamu-kamu yang di sana nun, tak pernah pulak directly cakap dengan ambo secara personal dan teratur ketidakpuashatian kalian. ambo meminta seribu maaf la..ambo ni bukan seorang yang baik-baik..ambo seorang hamba Allah yang menumpang hidup di bumi ni. ambo buat keputusan tu pun berdasarkan emosi ambo..ambo minta maaf la ye. kalau mana yang terkesan dihati, ambo minta hampun banyak-banyak.
suka ke ambo di rundung kejatuhan? takpe..ambo memang diwaktu kejatuhan. kejatuhan ambo ni, ambo mengerti..orang nak tepuk tangan ambo tak kisah..pembalasan kesilapan ambo pada kamu-kamu semua mungkin. ambo sedar ambo ni tak la sehebat kalian di sana. ambo tak pernah sekali membenci mahupun membalas segala peperangan alam maya mahupun alam semesta.
entry ni bertujuan kalau ada antara kalian yang telah ambo sakiti, ambo minta hampun minta mahap secara terang-terang ala-ala Tiger Wood gitu. kalau kalian sana-sana nak marah-marah atau nak bagitahu ketidakpuashatian kalian semua terhadap ambo, dengan rela hati ambo beri ID YM ambo..yang tak puas hati sahaja..yang takde kena mengena nak add boleh tapi ambo ni bukan kaki ym sangat..ambo taknak la panjangkan segala isu yang tak bertepian sebab nyata kalian tak tahu cerita pihak ambo dan ambo tak tahu cerita pihak kalian..kalau sudi ym la ambo yang hina ni..
mana yang ambo salah, ambo sangat-sangat la kesali. mohon mahap dari sekalian.
XOXO..
nota di kaki : kepada kalian yang terbaca entry ni..ym ambo adalah --> izzati230778
ambo bukan nak cari gaduh..cuma mahu cari kata damai..itu sahaja..bosan dengan perang maya yang tak bertepi..
0 Kisah Mengisah:
Post a Comment