Tak Sihat Again

Monday, March 22, 2010

Assalamualaikum..

kebelakangan ni rajin sangat demam. rapat-rapat pulak tu. 2-3 hari ni, asal tengahari je mula menggeletar. tak kira la kat bilik ke, kat fakulti ke. kalau kat bilik memang selubung sungguh-sungguh. sejuk yang amat. badan pulak tak payah la nak cakap. rasa seperti dicucuk-cucuk. 

sejak sabtu hari tu, ambo diserang demam.. kejap-kejap je. kalau tengahari tu, petang senja dia ok. kalau malam, tengah malam ok balik. badan time demam panas. bila dah ok, berpeluh-peluh sakan. kepala berat yang amat. 

haih..dugaan. ambo tengah busy tapi kesihatan tak memberangsangkan. rasa pening kepala. tapi kena buat macam-macam. rasa macam nak ketuk kepala kat dinding. 

haih..bahu and tengkuk rasa stress betul. haih..dah macam mak ambo pulak..mak ambo ye la darah tinggi. hehe..

ok la..take care and have fun..

XOXO..

I'm Going To The Gatsby Deodorant Street Fair

Saturday, March 20, 2010

Gatsby Deodorant Street Fair

hello peeps..ambo baru saja buka email ambo yang dah bersawang tu then terperasan Nuffnang memberi jemputan untuk Gatsby Deodorant Street Fair. hah! dapat pun jemputan.. tertunggu-tunggu jugak ambo..hehe..ramai yang dah tahu kan.. so berikut adalah detail untuk Gatsby Deodorant Street Fair. take note k :)

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : Ruang Legar, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

ambo nak join..tak sabar..

Menarik!!!

Menarik okeh event Gatsby Deodorant Street Fair ni. Apa yang menarik??
  • ada macam-macam permainan untuk yang hadir join contoh membaling getah, Sumo Wrestling, gladiator battles dan macam-macam lagi.. *selain seronok-seronok main games, boleh la merapatkan lagi hubungan antara peserta-peserta dan antara rakan-rakan, ye tak*
  • so kumpul mata ganjaran banyak-banyak dengan memenangi pelbagai acara yang disediakan. nanti boleh la la menebus mata ganjaran terkumpul dengan barangan GATSBY!! *syiok kan :)*
  • ha...yang ni lagi menarik..CABUTAN BERTUAH!! hehe.. pelbagai barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan juga baucar tunai untuk dimenangi.. and guess what, nilai barangan cabutan bertuah bernilai lebih dari RM15000 ok...so rugi tau kalau tak datang..

Nak Datang?

senang saja nak datang ke Gatsby Deodorant Street Fair. samada naik kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam, 2-2 tetap menyenangkan anda untuk datang..

untuk maklumat yang lebih lanjut, ambo cadangkan layarilah laman web berikut k. www.gatsby.com.my/streetfair


Kisah Interview Semalam

Friday, March 19, 2010

Assalamualaikum..

sorry guys..busy lately..yang singgah tenkiu very much..ni macam dah reda semula kehidupan, boleh la blogwalk ke blog kawan-kawan. 

Semalam interview di Jalan Cenderasari. seawal 6.00 pagi ambo bertolak dari Bangi sebab along kata dia takut sesat. interview pulak start pukul 8 pagi. sampai dalam pukul 7.15 pagi. memang sesat mula-mula. ntah mana along melilau ntah. ikut suka hati dia je nak masuk mana. last-last sampai, kitorang makan breakfast kat gerai makan depan Bukit Aman. time tu tak lalu nak makan la..tapi along suruh jugak makan. hati dah berdebar-debar macam nak pergi perang pulak rasa. then dalam 7.30 pagi along teman sampai masuk dalam. pemberi semangat la katakan. dia ikut sekali teman sampai dalam bilik menunggu. hah kau! nak sangat berteman kan..

last-last dia panggil naik tingkat 2. register pelbagai benda then nama ambo dipanggil. orang tu kata aku first untuk bilik interview G. mak aih. takkan aku first? *dah dia kata first tu, first la kan*..berdebar rasa macam nak suruh along ikut sekali masuk interview. ahaha.. then paling menakutkan masa tunggu kat bilik menunggu tingkat 3 depan bilik G tu, tetiba nombor ambo naik..adeh, time tu rasa segala benda dalam perut nak keluar. cait.. tepat pukul 8.15 pagi ambo start diinterview. ok la.. mak ambo pesan kena konfiden. ambo bantai konfiden. mak ambo pesan senyum, ambo bantai buat iklan gigi kat dalam bilik interview. nasib la..dalam setengah jam jugak la dorang dok sembang dengan ambo..macam-macam dorang tanya. ambo pulak dari tangan sejuk-sejuk dah jadi suam-suam..sebab lama sangat dorang sembang dengan ambo. 

last-last ambo keluar dari bilik interview. dalam pukul 8.45 pagi. ambo keluar bilik yang lepas ambo dah ketar-ketar dah. hehe.. 8.45 pagi ambo habis interview. along ambo baru nak lelap kat dalam bilik menunggu terkejut ambo abis dah. last-last dia kata "nie nak g kerja pun sempat lagi".. tapi ambo sebagai adik yang bahagia ajak dia lepak-lepak sebab ambo nak kikis duit dia. ahaha..ambo memang kaki kikis duit orang.. along kata, kalau dapat kerja ni, ambo kena belanja dia makan kat Pakcik Kenny. ambo kata boleh saje. kena doa kuat-kuat la..

so..tu je la yang jadi semalam. owh..semalam along bawak jalan-jalan kat Alamanda. Along ajak tengok wayang.. konon-konon sempena ambo dah interview. along belanja. cerita apa tah. Mel Gibson main. best wooo... ambo suka Mel Gibson. tapi dah tua. tapi cerita dia best even though dragging sikit masa awal cerita. tapi keseluruhan memang best. ingat nak tengok Book of Eli tapi along kata nak cerita yang realistic sikit. ikut la..bagi ambo and along, cerita tu memang worth la the RM7.00..early bird kan so harga tiket murah..

ok la..bebel banyak pulak..

take care and have fun..

XOXO

Busy Again And Again

Monday, March 15, 2010


Assalamualaikum..

This week a bit busy sebab this Thursday, kemungkinan untuk attend interview sangat tinggi. Then kena prepare for pembentangan proposal. Again, lost!! sebab supervisor not that easy untuk jumpa. Sakit.. Takpe.. ambo boleh berdikari lagi. Then again, ambo memang spesies boleh berdikari. not to brag but memang dari dulu pun ambo berdikari. tapi kemungkinan ada sedikit masalah untuk naik rumah haiwan atas sana tu sebab bas UKM pun tak naik. huhu.. kena beli beca la camni. 

Traffic blog sangat merudum tapi nak buat macam mana.. ada benda lain lagi penting untuk disettlekan. akan cuba sehabis baik masa interview nanti and kalau ada rezeki dapat kerja, ambo akan buat "first Giveaway Sempena Dapat Kerja" ambo..kalau dapat.. kalau tak dapat kena tunggu lagi la jawabnye. ahaha.. so kawan-kawan, doakan la ada rezeki ambo untuk dapat kerja ni. memang mengharap sangat dapat. 

then again, sedang tungkus lumus membaca apa yang patut untuk interview. berdebar-debar betul. ahaha.. kakak ambo janji nak ambil cuti khamis ni and hantar ambo g interview. kakak ambo juga janji nak tolong ambo dengan skill interview ambo. along, tenkiu la long. kalau dapat keje ni, along la yang paling ambo sayang..ahaha..ayat nak kikis kaki along lagi la ni..

so, k la..take care and have fun..

XOXO..

Haih...Cerita Yang Panjang..

Friday, March 12, 2010


Assalamualaikum..

setelah bertungkus lumus dan bersusah payah buat proposal, nak-nak lagi waktu-waktu yang a bit mencabar sebab supervisor tak berapa sihat and cuti lama, akhirnya proposal telah dihantar dengan jayanya. Semalam, sepatutnya ambo tidur and berehat but sebagai adik yang pernah buat banyak dosa dengan along *haha* dan sebagai tanda penghargaan ambo sebab selalu tolong ambo dan selalu beralah dengan ambo bila ambo nak kikis kaki dia yang anggun tu wang dalam purse MNG dia yang mahal tu, ambo pun teman la dia pergi cari bengkel kereta.. Kenapa cari bengkel? ye kawan-kawan.. begini ceritanya. Along-ku-sayang, u jgn marah I pulak k. I cerita ni sebab I sayang U..hahaha...

disebabkan ambo telah menelan ubat pabron yang sangat berkesan untuk batuk dan selsema, ambo jadi lalok lalu tidur. kalau bom meletup sebelah telinga pun kira tak sedar la..*ayat mak..tapi ambo selalu sangkal..ambo kata kalau bom dah meletup sebelah ambo, tentu-tentu ambo tak sedar..ambo dah jadi arwah*..dalam pukul 7 pagi lebih-lebih sikit mak ambo call..ambo dengan sangat mamai ambo jawab.

Mak : Dik, Along kamu eksiden
Ambo : La...teruk ke? Along macam mana? Ok tak?
Mak : Mak pun tak tau..Kamu pergi tengokkan dia ye dik..
Ambo : boleh..naik teksi ke mak?*boleh pulak ambo tanya..konon macam ada kenderaan je*
Mak : Tak..Along datang tempat kamu nanti. *Along tinggal dekat gila dengan UKM*
Ambo : Aik? boleh jalan ke kereta?
Mak : Ntah..mak pun pening..Along nangis-nangis macam rosak teruk..*sambil gelak-gelak risau*
Ambo : Takpe..Adik mandi dulu..
Mak : Mandi kejap -kejap je dik..
Ambo : ye lah..

sepuluh minit ambo mandi..multitasking punya mandi..miahaha..sayang kakak punya pasal..bila dah siap pakai elok-elok, ambo tunggu-tunggu juga kalau si Along ni call ke..tapi tak call-call. ambo lak kredit dah expired. last-last bila dah tunggu around 15 minutes, ambo try la jenguk bawah..cait!!Along dah ada kat bawah. WTH dia tak call ambo..Ambo turun..*dalam hati..dari atas nampak kereta macam ok..takpe..remuk kot..tak nampak dari atas kot*

 ..perkenalkan Along ambo yang cengeng..

Ambo : *ketuk cermin Along* mana kemek? U ok tak? takde apa-apa ke kat U ni?
Along : *tak jawab pulak tu..dia pandang ambo dengan pandangan sengsara dia tu*
Ambo : *tinjau-tinjau* La...takde la teruk mana..kemek la jugak..tapi tak perlu kot nangis..
Along : *ambo dah masuk kereta, pandang ambo lagi..pandang je..tak cakap*
Ambo : takkan tu pun nak nangis..U ok tak?
Along : *tak kata apa..pandang je..airmata dah bergenang*
Ambo : U amek tak no plate kereta yang langgar U tu?
Along : *pandang je tak cakap apa..airmata dah meleleh*
Ambo : kereta apa yang langgar U ni?
Along : *pandang sambil teresak-esak..amek hujung lengan baju kurung kesat airmata, air hidung sekali*
Ambo : La...I tanya yang U g nangis watpe..Tampar kang..
Along : Kereta waja putih la bodoh!! *nangis stail macam ambo dera dia pulak*
Ambo : takpe, I drive la kalau U takleh drive..
Along : *pandang lagi dengan sengsara dia tu then terus keluar dari kereta*

sabar je la..dia ni memang terkenal kat rumah as a drama queen. sakit sikit pun Along nangis bagai nak rak. hah kau!!kemek nya ada la sebesar bola sepak tapi still ok la. dia nangis as if satu kereta remuk teruk. kecoh betul la Along ni. caitt!!bikin demam ambo hilang kejap. ye la..nangis macam dengan dia-dia remuk. haih..dia hati je remuk..

mak ambo call tanya ambo teruk sangat ke kereta dia pasal mak risau dia nangis-nangis macam over sikit. ambo kata kat mak, rilek ar mak.. ok je.. nanti apa-apa orang hapdet la mak. haih..dia punya drama queen, ambo yang demam dia heret ke hulu ke hilir, abang kamarul kerja kat Niosh pun after lunch turun jap tolong along cari bengkel kereta, mak dari melaka call tak henti-henti, ayah kat segamat tu mesti tak duduk diam la, yong yang pernah kerja perodua pun terbabit jugak memberi segala pendapat yang ada. 

 Alice In The Wonderland

Last-last dia bawak ambo pergi Mines pergi beli kasut untuk interview. Then disebabkan itu juga dia belanja ambo tengok cerita Alice in the Wonderland. makan minum pun semua dia tanggung. haha..

bila sampai kat kolej ambo cakap dengan along,"kes U ni sama macam kes U dulu masa kat kampung Sitiawan."..Time tu ambo ingat lagi dia tidur then dia kena gigit lipan kat lengan, dia punya meraung sakit satu rumah bangun. bangun dari tidur bukan sebab dia meraung sakit tapi dia menjerit kata hantu gigit dia. ahaha...banyak la kau hantu gigit. caitt!! kau nak kata vampire la tu.. untung-untung boleh la along jadi star dalam Twilight kan.. sabar je la..opah kata lipan gigit, dia degil-degil jugak kata hantu gigit dia..ayat dia yang ambo ingat, "opah...hantu gigit along...habis la along...habis la along..." ntah la..apa yang habis pun ambo tak tau..ahaha..

 picture taken from pakcik google
mana satu agaknya yang gigit kakak ambo ek..misteri..

amboi..panjang pulak entry ambo kali ni..

K la..take care and have fun..

XOXO..

Interview

Wednesday, March 10, 2010

Assalamualaikum..

mak call tadi..bagitau dapat surat dari SPA panggil interview for Pegawai Sains (Kaji Serangga) this 18th of March 2010. Masalah pertama, transport. ambo tak ada transport. Masalah kedua, ambo ni tengah belajar untuk Master so macam tak tau lagi nak g ke tak interview ni. Masalah seterusnya, ambo tak tau kat mana tempat ni. Masalah lagi, kaji serangga tu..hehe..*ni bukan masalah*..ni memang bidang ambo..

care untuk bagi pendapat?ambo really perlukan pendapat right now..

Demam

Assalamualaikum..

nampak gaya ambo arini tak mungkin la dapat blogwalking..so yang sudi singgah, tenkiu very much. nampak gaya ambo terlantar la sehari dua ni. nanti ambo dah sihat ambo datang lawat-lawat blog kalian k. 

k la..take care and have fun..

XOXO

Achoom..Achoom..Achoom OoLaLa..

Assalamualaikum..

adeh..dari malam tadi asyik sneezing tak berhenti. sehingga ke saat ni pun still lagi sneezing. hidung mula berhingus. argh..not again..not this time..adeh..suhu badan juga telah meningkat dengan mendadak.kali ni betul punya meningkat. badan dah gigil-gigil. mula-mula buat kerja kat meja then tak larat sambil baring buat kerja..

bertemankan bijirin milo yang dilimpahi susu dutch lady low fat milk, terasa macam lega juga dapat makan. dengan darjah kepanasan suhu badan dan juga cuaca di luar sana, tak mungkin la ambo dapat menapak ke bawah beli makanan..tingkat 4 woii..yang time sihat pun bila sampai atas semput bagai nak rak, ni kan pulak time tak sihat ni. merangkak kot turun cafe. silap-silap makcik cafe kesian bagi ambo makan free.. anak sapa la kebulur benar ni kan..

tak kuasa la ambo nak turun. hari ni nak lepak bilik nak tidur puas-puas. nasib la mak belikan tisu bertimbun-timbun pau mak ayah tisu bertimbun-timbun aritu. adeh..badan sengal-sengal. mencik betul la kalau tak sihat time-time genting ni. argh..tak dulik..nanti lepas nak teruskan kerja. 

ok la..rasa better ambo start lena. nanti bangun nanti boleh la sambung apa yang patut..

take care peeps. jangan jatuh sakit macam ambo..

XOXO..

Back To Blog

Tuesday, March 9, 2010

Assalamualaikum..

lamanya tak blogwalk..kesian korang..sorry k. nanti zati datang blog korang and klik-klik mana yang patut k. thanks kepada those yang sudi ziarah walaupun no respond from zati. zati a bit busy lately. Jumaat ni kena hantar proposal to FST. dah siap lama but still nak kena cari update on recent researches. malam ni, mana yang zati sempat lawat, zati lawat. pada yang tak sempat, esok zati datang jenguk-jenguk k..

sepanjang hari senyap zati, takde la apa sangat yang zati buat. Sunday hari tu, parents came and we had a wonderful lunch. mak masak ayam merah and sambal goreng jawa (my favourite). then along bawa zati ke office dia *again*..everytime datang office dia, along rajin la pulak cerita macam-macam kes pelik kat situ. benci betul. nak pergi toilet pun seram-seram. huh!

susah juga jadi peguam ni. tendency orang buat tu tinggi. my sis cerita macam-macam. orang nak menang sanggup buat apa sahaja. macam-macam orang tabur. sebelum my sis pindah kerja kat Jabatan Peguam Negara, my sis kerja kat firm kat melaka. my sis pernah juga cerita yang makcik cleaner kat mahkamah selalu juga la terserempak dengan many things yang orang tabur sekitar mahkamah and orang hantar ke mahkamah *u know what I mean*..

macam-macam..hari tu along and zati terserempak dengan orang besar Jabatan Peguam Negara. sapa tah nama dia. kalau tak silap Dato' Tun Abdul Majid. walaupun dah berumur, dia handsome. miahaha.. masa tu along bawa keluar makan kat Alamanda. sangat simple orangnya. sebelum ni tak pernah dengar pun nama dia, but along la yang sebut pasal dia. so buat-buat kenal je la. miahaha. memang dasar katak bawah tempurung kan..

tak kisah la. orang hebat-hebat ni memang hebat kan. gila kagum.

my sis janji untuk belanja lagi. miahaha. thanks. ambo ni memang kaki kikis kan. suka-suka je kikis kaki duit orang. so tu je la nak merepek malam-malam ni.

zati nak start blogwalk. sape zati nak terjah dulu nie?

take care and have fun..

XOXO..

nota di kaki: kepada Nor Afzan (simple Me), zati dah dapat dah hadiah. mak kata dah sampai. tenkiu....hehe..

Bye-Bye

Saturday, March 6, 2010

Assalamualaikum..

hari ni memang tak ada mood nak blogwalking and stuff. ambo baring and tried to sleep sebanyak yang mungkin. ambo telah kehilangan semangat yang selama ni ada pada ambo. bila semangat tu ada, ambo tak pernah nak menghargai. tapi sekarang semangat ambo dah tak ada, baru la ambo menyesal yang amat. ambo akan blogwalk jugak dalam sejam dua nanti. banyak benda nak diselesaikan. ambo tak dapat nak teruskan saja. 

kenapa la kita selalu tak mengharigai sesuatu benda tu bila ada depan mata, tapi bila dah tiada baru terhegeh-hegeh nak menyesal..ambo spesies tu la..ambo spesies tak tahu menghargai.

Ambo letih fikir dari pagi sampai malam..

kawan-kawan yang sudi singgah, maaf la tak sempat-sempat nak blogwalk. malam ni ambo start operasi k..

take care and have fun..

XOXO..

Karnival!!Karnival!!

Thursday, March 4, 2010

Assalamualaikum..

Adeh..time-time genting ni ada karnival pulak..haih..dugaan betul..ahaha..kolej kat sini ada buat karnival. ambo tak minat la karnival ni..kalau ada jual makanan ambo terjah la..tapi tak tau la..dia kata dari 3-7hb mac..ke ambo yang salah baca..budak-budak zaba, sila perbetulkan ambo eh kalau salah..karnival ni namanya KAPREZA.ye ke tidak nama yang ambo taip tu..lagu dia mak aih..pecah gegendang telinga ambo..kuat yang amat. nak-nak ambo bilik agak dekat dengan kawasan karnival..tapi tak tau la..nampak macam tak start apa-apa pun..ke ambo yang salah tengok..

dik-dik non oi..boleh slow kan sikit volume tak? ambo ni pening dengar lagu kuat-kuat yang bunyi dia boom boom ni..jantung ambo tak kuat..sekali boom jantung ambo beralih ke usus..sekali lagi boom dia beralih ke paru-paru..so bayangkan la berapa kali jantung ambo beralih..kuat woo budak-budak ni pasang lagu..tadi siang before bertolak ke library, ada sorang adik non ni try nyanyi..ambo kalau ada butang pangkah yang kalau tekan bunyi "tetttt" tu dah lama ambo tekan..sekali bantai 2 lagu dia nyanyi..berdarah telinga akak ni weh dik..kalau tuan diri baca, akak acah-acah je..hehe..akak pun kalau nyanyi mak aih sumbang sakan. akak nyanyi pecah mau gegendang telinga orang..tak sanggup dah korang nak dengar nanti..

adik-adik sekalian..pasang lagu yang tak boom boom sangat ok la..kalau pasang yang boom boom ni, akak dah doom la kot kat bilik ni..naya je kang..

k la adik-adik sekalian..

have fun and take care..karnival, karnival jugak..jangan lupa buat assignment ok..

XOXO..

Emosi Mengatasi Rasional

Assalamualaikum..

Entry kali ini tak ada kena mengena dengan entry sebelum ini. kalau ada kena mengena pun, minta mahap la ye..Ambo pun pernah duduk dalam kawasan emosi. Ambo pun pernah beremosi. Ada sesiapa tak ada emosi? hehe..gurauan di petang hari. Ambo pernah buat salah dan ambo mengaku ambo pernah buat salah. Ada sesiapa tak pernah buat salah angkat tangan..gurauan lagi.

Ambo pernah dikuasai emosi dan tindakan tidak rasional. Dan ambo admit kesalahan-kesalahan dalam sedar ambo juga terlalu banyak. Ambo sedar dan ambo mengaku. Pada masa itu, ramai la yang terguris hati dengan ambo yang serba kekurangan ni. bagi ambo, kalau terguris hati dengan ambo, meh la message ambo ke, cakap dengan ambo secara direct dan bukan dengan cara lawan dan perang alam maya. Guna facebook dan blog. Sejak itu, ambo tak tahu apa yang tebuku di benak hati kalian..Ambo secara rendah diri dan selayaknya ambo di persalahkan, ambo meminta maaf pada semua pihak yang telah terbabit secara langsung atau tidak langsung.

sejak ambo mengumumkan keputusan ambo sewaktu ketika dahulu, ambo perasan kamu mahupun kamu dan juga kamu dam kamu, kamu juga disana, kamu yang disini, kamu-kamu yang di sana nun, tak pernah pulak directly cakap dengan ambo secara personal dan teratur ketidakpuashatian kalian. ambo meminta seribu maaf la..ambo ni bukan seorang yang baik-baik..ambo seorang hamba Allah yang menumpang hidup di bumi ni. ambo buat keputusan tu pun berdasarkan emosi ambo..ambo minta maaf la ye. kalau mana yang terkesan dihati, ambo minta hampun banyak-banyak.

suka ke ambo di rundung kejatuhan? takpe..ambo memang diwaktu kejatuhan. kejatuhan ambo ni, ambo mengerti..orang nak tepuk tangan ambo tak kisah..pembalasan kesilapan ambo pada kamu-kamu semua mungkin. ambo sedar ambo ni tak la sehebat kalian di sana. ambo tak pernah sekali membenci mahupun membalas segala peperangan alam maya mahupun alam semesta.

entry ni bertujuan kalau ada antara kalian yang telah ambo sakiti, ambo minta hampun minta mahap secara terang-terang ala-ala Tiger Wood gitu. kalau kalian sana-sana nak marah-marah atau nak bagitahu ketidakpuashatian kalian semua terhadap ambo, dengan rela hati ambo beri ID YM ambo..yang tak puas hati sahaja..yang takde kena mengena nak add boleh tapi ambo ni bukan kaki ym sangat..ambo taknak la panjangkan segala isu yang tak bertepian sebab nyata kalian tak tahu cerita pihak ambo dan ambo tak tahu cerita pihak kalian..kalau sudi ym la ambo yang hina ni..

mana yang ambo salah, ambo sangat-sangat la kesali. mohon mahap dari sekalian.

XOXO..

nota di kaki : kepada kalian yang terbaca entry ni..ym ambo adalah --> izzati230778

ambo bukan nak cari gaduh..cuma mahu cari kata damai..itu sahaja..bosan dengan perang maya yang tak bertepi..

Menjawab Tag Cik Aja


Assalamualaikum..

ada hutang tag dari cik aja..ni ambo dah jawab, bak mai bubur halia satu kat aku k.

1 - adakah anda rasa HOT???
**semestinya hot..dah tak hujan berapa lama kat bangi nie cik aja oi..hot tau..hot..

2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

 

3. cerita pasal gambar
**well..ambo dah terang dah..ambo suka pic ni..menenangkan jiwa raga..ambo suka bunga..ambo juga sukakan bila bunga tu ditiup angin. rasa tenang yang amat..

4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?
 **ha..ambo ingat..tahun lepas after mendaftar kolej kat UKM..ambo makan kat segamat..Pizza Hut..makan dengan lahap..tapi servis suck..dah la lapar..dorang buat hegeh-hegeh pula..

5 - lagu terakhir anda dengar
**ahaha..segan weh nak cakap..serius ambo segan..lagu paling last ambo dengar lagu Hannah Montana..keji weh soalan ni..ambo layan Hannah Montana jap tadi..*mak aih..tua bangka layan cerita Hannah ke??*

6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
**minum milo..haus tekak..sambil siap-siap nak gerak pergi library..

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape
**mak ayah panggil adik..yong, ucu and angah panggil loncong *ambo pun tak tau mana datang nama tu*..ni yang nak saman si yong ni..yong!!we see u in court bebeh.. 

8 - tag lg 8 org
*Opah kat Sitiawan
*Yong dengan rumah baru *hehe*
*Angah dengan Batrisya yang suka videocall ambo
*Mat sakil
*Along yang kayo
*Puan Rokiah
*Supervisor ambo yang handsome
*AD yang selalu jenguk blog ambo

9 - siapakah org no.1 kpd anda
**dah nama pun opah..tentu-tentu la dia opah ambo..

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
**hehe..memang nak berkata-kata pun..weh, dapat gaji belanja lagi..miahahaha..

11 - no.3 ade hubungan dgn sape?
**dah tentu 2-2 dengan abang Fezan..sorang isteri abang Fezan sorang lagi anak abang Fezan..tapi sekarang dah menduakan abang Fezan dengan mengabaikan abang Fezan sebab layan game Facebook..

12 - bagaimana pula dgn no.4
**mat sakil dengan ambo..hehe..anak sedara la..tapi pernah sekali dia punya obses dengan mak sedara dia ni, dia kata ambo ni mak dia..cess..

13 - pesanan kepada org no.6
 **ahad ni mai bawa sambal goreng jawa banyak-banyak ok..letak potato lebih-lebih..hehe..

14 - kata2 cinta utk org no.2
**kata-kata cinta untuk mu wahai yong..g Bangkok bawak mai cendarahati sebiji dua..miahahaha..

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan
**erk?2-2 lelaki..miahaha..sama la tu..

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
**kecil
**ketot
**comot
**selalu belanja ambo makan
**suka minum milo ais kat zoo melaka..miahaha

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU
**2-2 haiwan yang kalau buat masak kari memang meletop..

18 - prasaan anda wat tag ni
**tak ada perasaan..hehe..

19 - adakah anda tau si razman itu sengal
**la..razman tu ke..kenal sangat la...sengal dia tu..cess..

20 - GAY or LESS
 **ambo pilih or..hehe..

sekian terima kasih..ambo rasa si razman tu la yang start tag ni..siap ko razman..ambo cari sampai lubang cacing..

Maaf Kalau Entry Ini Mengguris..

Wednesday, March 3, 2010

Assalamualaikum..

ambo perasan ada sahabat saya mempunyai masalah peribadi..pada dia saya tak bertanya dan pada orang lain pun saya tak bertanya..saya cuma singgah page beliau sebab memang rutin saya everyday..She is one of the first bloggers yang saya kenal. tup-tup hari ini saya dapat message shoutbox dari rival beliau. maaf goes to both parties. yang sebelah sini saya tak pernah masuk campur..apatah lagi yang sebelah sana yang baru saya tau kewujudan blognya. Maaf ya..saya tak suka masuk campur hal orang lain..bila anda tinggalkan mesej sebegitu rupa di dalam shoutbox saya, awak seakan-akan memberi impression pada orang lain yang saya ni busy body nak tahu hal cerita peribadi antara awak berdua..Saya tak pernah bertanya dan saya tak akan bertanya. itu prinsip saya.. bila awak bagi mesej sebegitu pada saya, awak boleh menyebabkan salah faham antara saya dan pihak lagi satu..SAYA TAK PERNAH BERTANYA..

Awak nak tegakkan kebenaran ke apa ke, jangan libatkan blog saya sebab saya tak terlibat..maaf..saya tak suka.. awak menggambarkan seolah-olah saya yang bertanya..maaf sekali lagi..saya tak suka..

pendirian saya, blog saya maka hormati saya..

salam ikhlas..

XOXO..

Tag dari Jieda

Tuesday, March 2, 2010

assalamualaikum..

terjaga dari nap, buka blog baru perasan Jieda tag ambo untuk jawab tag..okla..since tak busy sangat ambo try la jawab tag Jieda k..

1. You have to print screen wallpaper that you are using right now - takde la hebat mana wallpaper ambo ni..


2. Tell us why you like the wallpaper
 menenangkan..I like flowers..especially daisies. soothing..nak-nak ambo rajin mengadap laptop. bila tengok benda yang tenang ditiup angin, ambo rasa macam hilang stress..

3. Tag 10 people
  • nanajoe
  • k-rol
  • aja
  • aidacomel
  • dee (eiffellover)
  • hudarahman
tak dan la nak tag 10 orang..huhu..mana yang tertag, jawab la ye..

take care and have fun..

XOXO..

Entry ke-50

Monday, March 1, 2010

Assalamualaikum..

Entry ke-50. wow!tak sangka pulak akan sampai ke entry yang ke-50. tapi tu je la kot nak cakap dalam entry ni. tak ada apa sangat nak cakap. tengah celaru. 

take care and have fun..

XOXO..