Resepi Pineapple Cream Butter Cake

Wednesday, April 21, 2010


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..

Semalam hari rajin sedunia. memang rajin la sangat sebab belek-belek buku resepi mak terjumpa satu resepi yang agak best. resepi Coconut Cream Cake. dengan bangga nak buat la try testing-testing 1,2,3..tapi sayang bila dried coconut yang dibeli dah tengi so ambo tukar jadi Pineapple Cream cake..So Ambo share la ek resepi ni. ambo dapat resepi ni dari buku resepi mak yang agak lama so sukatan semua guna cup..hehe..

Cake
2 1/2 cups tepung gandum
3 teaspoon baking powder
1 teaspoon garam
1 buku butter
1 1/2 cup gula
1 teaspoon ovalette
4 biji telur
1 cup susu segar
1 tin nenas 

Filling
1/2 cup gula
1/2 cup tepung gandum
1 teaspoon garam
1 cup susu segar
**masakkan atas api yang perlahan sampai boil
**masukkan telur sebiji yang telah dipukul rata
**kacau sehingga agak pekat
**masukkan 2 sudu butter dan sesudu perasa vanilla
**kacau sehingga tiada gumpalan 

Cara Buat
  • ayak tepung gandum, baking powder dan garam
  • dalam bekas yang lain, pukul butter gula dan ovalette sampai kembang
  • masukkan telur dalam batter tadi dan pukul sampai sebati
  • masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit diselangi dengan susu segar
  • gaul secara kaup balik sampai rata dan sebati.
  • bahagi kepada 2 bahagian
  • bakar bahagian pertama dalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 10 minit
  • keluarkan bahagian pertama itu dan sapukan filling yang telah masak diatasnya.
  • kemudian susun nenas diatasnya
  • letakkan batter cake yang selebihnya diatas susunan nenas tersebut dan bakar sehingga masak
tada..agak sedap kalau simpan dalam peti sejuk. memang heaven makan. anak-anak sedara makan sampai kelisin. tak tinggal kerak pun. ambo tak letak frosting kat kek sebab filling tu dah manis so macam taknak la kek tu manis sangat..

resepi diambil dari buku resepi Betty Crocker's Picture Cook Book (1950)

Ok..take care and Have fun!!
XOXO..
 



Nota Di Kaki : Ok..baru dapat tau..buku ni hadiah dari Grandma Young kat makcik Koyah. Grandma Young adalah nenek angkat ambo and Along semasa berada di perantauan kecik-kecik dulu. Asalnya dia orang Jepun tapi merantau dan menetap di Hawaii. Buku ni adalah buku kegemaran dan kesayang mendiang Grandpa Young.

3 Kisah Mengisah:

ema.razali said...

waaa na try buat laa gini ^^

HuSkY PiNkY said...

tinggal kan sikit..nak nak...

Cik Pelangi said...

@ema
selamat mencuba!!

@Along
dah tinggalkan..esok ang makan..kalau tak ketepikan memang lesap la..ahaha..