Dating Dengan Makcik Koyah

Thursday, April 15, 2010


Assalamualaikum..

Hari ni memang berbaloi lah. hehe. ambo keluar date dengan makcik koyah. ahaha.. makcik koyah ni mak ambo. anak jiran ambo, Daniel, tak reti lagi nak sebut makcik Kiah jadi disebutnya makcik koyah..

well, hari ini, ambo ditugaskan oleh pak jenal untuk hantar kereta pak jenal ke pusat servis. mengancam jiwa lah pulak hantar kereta ke pusat servis sebab pusat servis tu sangat tak best. tak ada tempat nak minum air. memang kering tekak la kalau tak bawak air botol. Astro ada so boleh la layan. kerusi sangat tak best pasal ambo ni badan macam gajah so ambo takut-takut nak duduk kat kerusi dia. ambo terasa bila ambo duduk, kaki kerusi tu mengepak je. seriau je ambo. buatnya patah kaki kerusi tu, ambo jugak la yang malu. bertahan ambo berdiri dari memalukan diri mematahkan kerusi. 

pak jenal pesan nak buat major servis so memang makan masa lama la so pak jenal cadangkan ambil teksi balik rumah. pak jenal bagi la wang saku kat makcik koyah untuk belanja naik teksi sampai ke rumah. malang tidak berbau bila makcik koyah keluar dengan ambo. ambo kenyit-kenyit mata kat makcik koyah, terus makcik koyah tergoda, terpedaya lalu menukar haluan beliau. instead of bagitau uncle teksi tu alamat rumah, makcik koyah tersilap bagi alamat. makcik koyah terbagi pulak alamat Jusco Baru Melaka. miahahaha...

makcik koyah yang sakit lutut terus tak sakit lutut keluar jalan-jalan dengan ambo kat Jusco tu. Semangat betul makcik koyah tu. 

makcik koyah ni duduk Melaka mana la pernah naik bas or teksi ronda-ronda Melaka. ambo biasa sangat dah naik bas tambang ni. eksaited makcik koyah hari ni ye. nak call pak jenal, masing-masing fon tak bawak. ambo bawak makcik koyah cari public fon. ALAMAK!!makcik koyah ni tak reti guna public fon. ambo tinggalkan je makcik koyah kat public fon tu sebab ambo nak serbu toilet. tu kalau kata 'bisnes' ambo kat toilet lama, tak ke lama makcik koyah terdongok depan public fon tak reti guna. nasib je ambo ni 'bisnes' kecil-kecilan je kat toilet tu. haih!!makcik koyah..makcik koyah..

tu je la ambo nak cerita pasal date ambo dengan makcik koyah. cik aiza, u jangan jeles eh ambo dapat pau makcik koyah sehelai baju. miahahaha...

okla. ambo pun dah penat dah. take care and have fun..

XOXO..

nota di kaki : pic takde kena mengena. ambo cuma nak tunjuk pic makcik koyah and pak jenal. sedar-sedar ambo tak banyak simpan gambar dalam laptop. hehehe..terimalah seadanya la k.

3 Kisah Mengisah:

fiD said...

berpinar mate aku tentang reaksi joyah... huhuh

Zati said...

@fid
joyah tak masuk cerita..makcik koyah and cik senah je ada..joyah mana yang buat ko pinar mata??

haja said...

kat melaka dh dia..
have fun dear...