Assalamualaikum dan Selamat Malam..
Kenapa pulak dengan cicak ye..hmm..Isnin hari tu teman Along and Makcik Koyah ronda-ronda Jusco Baru Melaka. Kalau Along yang shopping, ambo tak tahan..penat..dia nak keliling satu Jusco. Masa kat area barangan elektrik (ambo and Makcik Koyah jalan-jalan kebosanan sebab Along pilih tupperware lama sangat), Makcik Koyah terjumpa satu coffee maker. Then Makcik Koyah kata sama macam dia punya dulu..So..bermula la kisah cicak..hehehe..(Along, I know you are smiling rite now)..
~CiCaK Oh CiCaK~
credit : pakcik google
It happened quite few years back masa ambo time tu umur 14 tahun. Masa tu ambo and Along tinggal bersama Opah sebab mak ayah merantau. Semua barang dapur mak memang hangkut bawak gi Sitiawan. So, one day sepupu ambo, Yasser, bagi satu idea (Yasser dia satu tahun lagi tua dari ambo)..
Yasser : Weh Jat!! E-ce (dia bahasakan diri dia E-ce) ingat nanti esok g sekolah nak bawak air nescafe la..
Ambo : Ko kalau rajin sangat ko buatkan aku sekali ek Ce..
Yasser : Banyak la..ko nak ko buat la..
Ambo : Apa susah..mak aku dulu ada coffee maker. kita buat guna coffee maker nak?
Yasser : Boleh..Boleh..
So, ambo and Yasser pun selongkar la stor Opah cari coffee maker mak ambo. Along takde dalam scene ni sebab dia tak suka buat tapi suka terima the end product only. pendek kata, kaki paw.
So, bermula pada saat itu, ambo and Yasser bawak air nescafe sejuk-sejuk g sekolah. Ye lah..malam ambo and Yasser bertungkus-lumus berhempas-pulas buat Nescafe then terus masuk peti ais. esoknya minum memang heaven la sangat..
then, a week after that, Nyah (makcik ambo yang tinggal sekali dengan Opah) bersihkan la coffee maker tu. yelah kan..anak sedara dia 2 orang ni ketagih nescafe..kang kalau tak bersihkan luar dalam, budak-budak 2 orang ni main sebat je. So, Nyah pun bukak la penapis coffee dia tu..Jeng3x..Nyah menjerit dengan nada yang sangat-sangat tak percaya dan hampir pengsan.
Dalam fikiran Nyah berlegar-legar muka ambo and Yasser silih berganti tanpa henti. Homaigod..(berdebarkan??berdebarkan??)
Nyah seakan tidak percaya 2 orang anak sedara beliau telah selama seminggu dengan jayanya (usaha tangga kejayaan) meminum air Nescafe buatan coffee maker yang bongoks itu. Nyah hampir pengsan bila mengetahui 2 orang anak sedara beliau telah seminggu minum air Nescafe tersebut. ini kerana penemuan bangkai cicak yang telah kering didalamnya...
ok..ambo tau ramai dah muntah darah..ye..itulah rahsia kebijaksanaan ambo (miahahahah)..Alahai...bila Nyah bagitau kami, kami rasa loya tekak nak muntah. demam ambo seminggu mengenangkan cicak itu. Ye, Along ntah kenapa sepanjang seminggu itu dia langsung tak pernah paw air nescafe kami..seakan-akan tahu akan kehadiran bangkai cicak di dalam itu (Ko sabotaj kitorang ek Long?ko memang dengki kan..Huh)
Itu je la kisah hampa ambo dan Yasser. setiap kali berjumpa Yasser (since dia dah kawen and dah beranak pinak ambo sangat jarang jumpa dia), cerita cicak ni memang terkenang-kenang. paling sangat terkenang bila terbayang wajah excited ambo dan Yasser buat air nescafe tu dan siap berhati busuk plan baik punya taknak bagi setitik pun kat Along. huwaaaaaaaaa....kalau ambo tau, ambo bagi sebotol kat hang Long....Sumpah..taknak busuk hati lagi dengan hang Along..setiap kali nak dengki dengki hang, ada je benda tak kena tau..mencik!!!
So tu je la kisahnya..moral of the story, cek betul-betul k sebelum guna..
Take care and have fun..
XOXO..