Doodling Away For Quick Update

Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum and Good Afternoon..

Well, my life is same old same old until then and suddenly it hits the bottom rock when my sister is transferring to Kelantan soon. Like I told her "baru nak bermanja-manja dengan Along".. Damn, I hate to admit this to her but I'm gonna miss you a lot, doll..She is my new best friend and we share almost everything. We went to the movies together eventho I am all broke. Sometimes both of us are broke tinggal sepuluh dua puluh ringgit je dalam purse and yet both of us sanggup ikat perut just to make sure we have a lot of fun going to movies together. We shared the popcorn and the soft drink and that makes the most wonderful memories together..yada..yada...I know...Kelantan je...

HAHAHA..besar kan gambar hang long..saje je..

I enjoyed every single moment with her eventho biasa la mesti la ada gaduh-gaduh. Heck, it is no fun without those ups and downs right? Lepas ni, mak cakap, instead of kumpul duit for all those wayang tix, why not kumpul duit untuk buat duit flight ke Kelantan..Yeah..Lepas ni asal cuti je I akan merendek ke Kelantan. Kelantan, you're gonna see a lot of me after this. 

As for Makcik Koyah, she's been hospitalized again due to diabetic problems. But she's ok now. Hari Jumaat lepas, one of my makcik (sepupu mak) meninggal dunia sebab diabetic problems. Al-Fatihah. It was in Taman Keramat and so we went there to pay our last visit. Well, my family is a long line of diabetic, high blood pressure and also cancer. One of my atok sedara was hospitalized that day and the next day 2-3 of his jari kaki were amputated sebab dah gangrene. My mom freaked out sebab kaki dia pun ada luka and started to bengkak so kita orang adik beradik bawa dia ke Selayang and Alhamdulillah nothing bad. Doktor bagi antibiotik untuk elakkan jangkitan kuman.

As for me, I masih teruskan rutin harian dengan exercise. Takut k tengok ramai sedara kena penyakit macam-macam. 

Itu je la kot update for today. Banyak nak cerita tapi kejap lagi nak balik Perak nak balik tengok Opah.

take care and have fun in life..

Hujan

Saturday, November 27, 2010

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Petang tadi keluar dengan Enchek S dengan harapan untuk makan bersama-sama. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat. Kalau dah hujan, tentu-tentu di atas jalan raya akan ada lopak-lopak air yang banyak betul tak. So, aku dengan baik hati (baik ke) remind Enchek S bawa kereta slow-slow kalau ada jumpa puddle air sebab kesian kat pejalan kaki. Sebab apa aku remind dia? Pasal aku pun pernah kena..

Kisah terjadi sewaktu aku berusia 10 tahun sedang berjalan kaki dalam hujan menuju ke sekolah agama yang memang sepelaung je dari rumah. Sedang aku menunggu di tepi jalan untuk buat lintasan hormat, ada satu kereta ni bawa dengan laju dan splash!! air lopak hujan yang bercampur lumpur kena pada aku. Hei pemandu!!agak-agak la kau nak bawa laju. Kau bukan buta tak nampak aku yang kat tepi jalan tu. Nak kata aku sorang je kat situ, tidak..Ada makcik 2 orang belakang aku pun sama nak melintas. Makcik-makcik itu pun kena juga. Aku tau kau ada kereta dan aku takde (bajet la umur 10 tahun nak ada kereta kan).. Terpaksa la aku patah balik menuju ke rumah untuk tukar baju. Well, being a cendawan punya budak, balik nangis-nangis nak tukar baju, jumpa mak terus melalak taknak pergi sekolah hari tu. Tengok Pemandu!! Kau menyebabkan aku ponteng sekolah hari tu (ahaha, alasan sungguh)..

So, senang cerita, kepada yang mempunyai sebuah atau lebih biji kereta dan sedang memandu dlm keadaan hujan, bawa la kereta anda secara berhemah..Kalau nampak pejalan kaki tu, slow-slow kan la kereta supaya air lopak tak terpercik ke pejalan kaki. Kasihani lah pejalan kaki..Dah la kena jalan kaki, kau orang lagi mau simbah air hujan. Kan dah jatuh ditimpa tangga tu..Haish..

Anywaysssss...I'm quite a happy bird today. Thanks to Enchek S for the lovely meal..

Take care and have fun..

Diet Entry

Tuesday, November 23, 2010

Assalamualaikum and hello peeps..

After a long pause from updating this blog, now I datang untuk updatekan blog. Been busy especially after pindah bilik for short semester ni. 

My weight mencanak-canak sejak awal last year. And to my concern, health status pun started to terjejas due to overweight and obesiti. So what kalau I dedah my weight. It's not a biggy for me at least. Some of my friends start to tegur kegemukan diri and even my ex dulu bising pasal kegemukan diri. Well, at that time I was thinking like what the heck. Someone loves me so be it. Sekarang, since many problems arise due to my weight, I started to diet and exercise.

After a month of evening walks and eating properly, the result overwhelmed me. 5 kgs out from my system..Ahaha..I am planning to continue such routine untuk dapatkan berat badan yang ideal. now my weight is 85 kgs so I am hoping for a few more kilos to be deducted from my body until I reach 55kg-60kg. 

When the hard works paid off, I might as well show you guys the before and after picture but without any help from ubat diet of some sort like that. I don't really trust products that help you lose weight but I believe in hard work. 

My weight started to hilang sedikit demi sedikit bila keterujaan untuk makan semakin hari semakin kurang. Anything yang masuk tekak semua rasa tak sedap. So I pun mula makan all kind of sayur and fruits and even Jacob's Hi Iron instead of taking nasi as my sumber energy. Mungkin hilang selera sebab kerja makin bertimbun and masalah makin banyak. ahaha..statement tak boleh blah..

Anyway.....all those kurang makan, evening walks, naik turun tangga 4 tingkat sebab duduk tingkat 4 at least tunjukkan hasil yang memberangsangkan. 5 kgs in a month really makes me damn happy. I am so looking forward to reduce more and more of those flabby kgs. 5kgs down another 30kgs to go. 

hoyeah!!

Ok..take care peeps.

Happy And Excited

Saturday, October 30, 2010

Assalamualaikum And Good Morning dear Readers,

Ada readers lagi ke blog ni??ahaha..suka-suka hati je la zati oii..Dah lama tak blogwalk secara serius macam dulu so tiba-tiba masih ada hati nak kata ada readers lagi kat blog ni. Takpe. Still lagi blogwalk to blog-blog kawan-kawan tapi malas sangattttttt nak tinggalkan jejak mahupun komen. hehe..

Okay, semalam teman my best friend ke rumah dia sebab ada orang nak baiki rumah so dia tak mahu la duduk sorang-sorang kat rumah. Takpe Shiq, aku sentiasa temani ko dimana jua ko berada. Eceh..Pastu macam biasa kalau keluar dengan dia of kos la makan kan. Dua-dua suka makan so kalau tak makan tu memang tak sah la..Hehe..

Well, semalam juga dapat good news from Shiq. Hehe.. Dia nak bertunang dah. So of kos la as a friend, aku sangat happy for her. Aku juga orang yang sangat excited bagi idea itu ini for her E-day. Last-last dengan tak malunya aku sendiri lantik diri sendiri jadi MOH dia and also Wedding Planner dia..

Semalam memang habiskan masa lama sangat kat McD sebab bincang macam-macam untuk Engagement day dia.  From tiny things to big things memang detail dah cerita. Tapi sorang pun tak terfikir nak jot down everything yang dah dibincangkan..Good....nanti kita habiskan masa bincang balik benda ni k.

Babe, I love you and I am so happy for you..


Rezeki Ku

Tuesday, October 19, 2010

Assalamualaikum dan Selamat Petang You All..

Lucky is what I would define my day today. Pagi pergi Library and Tuhan permudahkan urusan bila nak cari karel untuk duduk. Masa tu dah nampak dah satu karel yang kosong dan strategik tapi depan aku ada sorang budak pun tengah cari karel so macam dalam hati pasrah je la mesti budak depan aku ni dapat..

Sekali, Allah Maha Pemurah, budak tu tak nampak karel tu kosong jadi aku dapat la duduk kat karel tu..Alhamdulillah...

Then petang sampai bilik baru nak lepaskan segala lelah, fon pun berbunyi..

Kring..Kring (konon la bunyi kring kring)
Aku: Assalamualaikum
Ina: Woi watpe tu makcik..Wsalam..
Aku: Tengah membaca and lepak-lepak. Apasal??
Ina: Aku ada tix free ni..Nak tak..nanti aku ambil ko..
Aku: Ye ke..cerita apa? 
Ina: Alpha and Omega.
AKu: Boleh jugak..
Ina: Cepat siap..pukul 4 aku ambil ko..
Aku: Ok

So skang ni aku tengh tunggu makcik ni datang ambil aku..yeay..murah rezeki..Alhamdulillah..

bye All...

911, Please Help Me

Monday, October 18, 2010

"911..Please Help Me and My Mom.."

"Please Tell My Dad To Stop Treating My Mom As A Punching Bag..He Is Hurting My Mom"

A child the age of 7 but with a problem of the age of 30. A child of 7 called me and tell me how she misses me so much but that was not the whole point she was making those phone calls. She called me to tell me how torn she was to see her mother being beaten up by her dad..

what can I do to help this child??

Hello Miss S, My Best Friend Ever

Assalamualaikum And Good Day People..

My best friend since I don't know when, Miss S, came by and annoyed me by her existence yesterday noon. Well, Miss S is my Senggugut. Miss S pay her monthly visit yesterday but the pain is unbearable. I am now suffering back pain and not to whine about it but IT's killing me. There were times that every time Miss S came, I shooshed her with a pain killer, Ponstan. But I've stop that habit few months ago. I'm really not that keen with the idea of popping pain killer every time Miss S come. The idea of having a bunch of Ponstan was because of my toothache not for my Miss S but the problem is having to lay my hands on those pills are unstoppable. 

Source
Now, the Ponstans were thrown away so it is up to me how to endure the pain. Every time Miss S came, I can't walk. My legs are wobbly and shaking (maybe due to lack of energy) so sekarang nak pergi toilet pun malas. I am suppose to meet my SV this morning tapi siapa larat. Nak kejar bas lagi, nak menapak lagi, nak tunggu lagi. Let me just tonggeng ke lompat ke or whatever I could think of just to get the pain away from me. 

Some Facts about Ponstan

Ponstan capsules contain the active ingredient mefenamic acid, which is a type of medicine called a non-steroidal anti-inflammatory drug (NSAID). NSAIDs are used to relieve pain and inflammation. 

Mefenamic acid is also useful for heavy and painful menstrual periods, in addition to its general painkilling properties. This is because this type of pain is caused by the production of prostaglandins.

Side effects
Medicines and their possible side effects can affect individual people in different ways. The following are some of the side effects that are known to be associated with this medicine. Because a side effect is stated here, it does not mean that all people using this medicine will experience that or any side effect.
  • Disturbances of the gut such as indigestion, diarrhoea, constipation, nausea, vomiting or abdominal pain
  • Headache
  • Dizziness
  • Drowsiness
  • Skin rashes
  • Visual disturbances
  • Retention of water in the body tissues (fluid retention), resulting in swelling (oedema)
  • Awareness of your heartbeat (palpitations)
  • Ulceration of the stomach or intestines
  • Bleeding from the stomach or intestines
  • Inflammation of the pancreas (pancreatitis)
  • Allergic reactions such as severe skin rashes, swelling of the lips, tongue and throat (angioedema) or narrowing of the airways (bronchospasm)
  • Kidney, liver or blood disorders 

From My Personal Experience

I really don't suffer any side effect yet maybe because I don't use that much of Ponstan but I realized that lepas guna Ponstan, my skin starts to keluar red small dots rash-like kinda thing. It wasn't that obvious but I can still see those tiny small red dots as if I took my red ball pen and start to do fullstops all over my body. 

But seriously, Ponstan really help me through my Miss S monthly visits but somehow it got to stop. I don't want to suffer more in my future just because I have low tolerance in Miss S annoying yet irrtitating monthly visits. So now I rely on my hot water bottle (not so helpful)..*sobs*..

That is all I have to ramble..

Sate Area Melaka

Sunday, October 17, 2010

Assalamualaikum dan Selamat Malam You All..


nk mkn sate.. selain kat klinik mawar bachang kat ne lagi sedap sate? dlm melaka

Alkisah jumpa hamba Allah ni tanya aku kat Shoutmix kat mana nak makan sate area Melaka. Hmm.. Ok la.. Bagi aku and family tempat paling best makan sate adalah kedai tepi Klinik Mawar Bachang sebab sate dia serious sedap gila sampai terbau-bau kat tangan menyebabkan aku tak suka nak basuh tangan sebab bau dia sangat best dan kuah kacang dia superb delicious kalau hirup macam tu je pun aku tak kisah. Tapi dah lama gila tak makan kat sana sebab teringat kisah mat rempit kena kejar polis pastu dia terlajak terus terjah orang yang tengah makan kat situ nasib je takde orang cedera kecuali mat rempit tu dan awek dia. Awek dia cedera sebab jatuh, mat rempit tu cedera sebab kena hempuk dengan orang yang makan kat situ. Of kos la kau kena hempuk, dah kau lanyak orang yang tengah asyik makan sate sedap. Kedai tu sangat dekat dengan tepi jalan yang sesak dan busy so agak bahaya..

Ok..menjawab pertanyaan orang yang nak makan sate, aku ni nama tempat memang out sangat la, kalau ayah suruh bawa, aku tau tempat tu and aku tau jalan tapi jangan la minta nama tempat. Kalau tuan punya diri tau, D'nangka restoran tu kan ada depan dia satu kedai makan juga, dulu namanya Kedai Naiman tapi sekarang dah tukar nama, ha...kat situ sate sedap..Tapi......kalau orang ramai, jangan la kata nak pergi situ sebab kuality dia serta-merta jadi sucks bila orang ramai, tapi kalau orang tak ramai memang sedap..

Kedai sate yang sedap lagi ada satu tu kat Hospital Pantai..Dekat dengan King's Hotel, seberang jalan..Kat situ pun sate dia ok. 
Ntah la..dah lama tak mengadap sate kat Melaka..Sorry la..tak dapat nak tolong banyak..Psst...kalau petang-petang meronda area Tanjung Keling, sebelum Shah's Resort dan Everly ada satu Sekolah Rendah. Bertentangan sekolah rendah tu ada satu kedai kecik yang jual karipap yang sangat sedap dan panas-panas dan memang fresh giler. Kuih putu kacang dia pun superb and kuih vade dia pun superb..Try la..

Mengumpat sesama adik-beradik digalakkan dan tak berdosa - Along, 2010

Hari ni Along hantar aku balik UKM..sobs..Dalam perjalanan biasa la mesti la diisi dengan agenda mengumpat. "Mengumpat sesama adik-beradik digalakkan dan tak berdosa - Along, 2010" sesuka hati kau je Long, mazhab mana kau ikut? Muahahahaha..Orang lain jangan pulak ikut kang tak pasal-pasal kakak aku jadi Ayah Pin sesuka hati menyesatkan orang. 
Ok la..nak buat analysis data..Duduk rumah Along tak boleh concentrate buat. Sebab TV ada je rancangan best..Gila taksub dengan TV sampai iklan pun aku hadap tengok macam tengok drama..

Take care and have fun..

Dating Dengan......

Thursday, September 30, 2010

Assalamualaikum and Selamat malam peeps..

Makcik Koyah
Mula-mula nak cerita pasal makcik Koyah. Makcik Koyah hari tu sesak nafas. Masya-Allah degilnya bukan main la. Dalam sesak-sesak nafas ni, Makcik Koyahh bersilat berkungfu bersilambam seorang diri kat rumah dok bersihkan rumah yang tinggal lama sebab raya sakan-sakan kat kampung itu hari. Lepas tu semput la Makcik Koyah kat rumah tu. Nak dijadikan cerita, Makcik Koyah pun ditahan masuk jel eh silap..masuk hospital..Dr Kuan kat Hospital Selayang, I Lap U lah. Tenkiu la tahan Makcik Koyah masuk wad. Kalau tak, abis semua pencak jurus silat dia buat kat rumah tu. Makcik Koyah ni pantang nampak habuk. Asal ada habuk habis satu rumah dia godak nak bersihkan. Sebiji memang fotokopi lah perangai arwah nenek dulu.

taken from Google


Makanya, sebab Makcik Koyah ni banyak lah penyakitnya, Lelah la Diabetic la high blood pressure la, jadi Dr Kuan pun tahan dia sebagai patient yang high risk in H1N1. Ye, kawan-kawan..H1N1 masih bersama kita..Aku pun dah lama buat-buat tak kenal H1N1 ni.*hiks*


taken from Google

Lepas Makcik Koyah dibenarkan pulang, Along pulak mengadu sakit-sakit badan. Rupa-rupanya dia sudah berjangjit dengan Yasser dan anak Yasser. Itu Hari masa raya Yasser dan Ika demam campak..Ye..kalau raya, semua rasa sakit hilang. badan merenyam macam mana sekalipun tetap gigih untuk sambut Syawal. Aku dah pernah kena so Ika tu memang rajin aku kelek ke hulur ke hilir. Tup-tup lepas seminggu Along pulak kena.

Jadinya, semalam aku hantar la budak pelentong ni balik rumah. Aku pun tak tau la siapa jaga siapa. Mak lelah, Along pulak kena pelentong. Korang pandai-pandai la jaga diri masing-masing ek. Muahaha..Hari ni aku balik Bangi bawak kereta Along.

Apa ek aku nak cerita ni? macam rojak buah je entry ni. suka hati la labu..Oh..tadi aku dating. Best betul dating. Mula-mula g Mamak. masing-masing kenyang tapi desire nak jumpa tu tinggi. Makanya makan pun bodoh-bodoh je la..Pastu masing-masing tekak nak makan aiskrim. Kami pun pergi la Drive thru beli sundae. Itu lah. Kalau dating dengan best friend aku, Syikin, memang tak tentu hala je. asal dapat gossip banyak-banyak pun cukup. Dengan Syikin, semua hal aku boleh cerita.

Rindu sebenarnya nak dating dengan Syikin. Asyik bertangguh je. Masing-masing busy. Konon...Selalu sekarang ni dating dengan Along je la. Setiap kali waktu free mesti lepak kat rumah dia yang best tu. Sejak-sejak Along pindah masuk kuarters, aku lebih senang menghabiskan masa kat situ. Sangat tenang. Dan sangat jimat sebab boleh masak. Jadi boleh bilang sangat la dengan jari berapa hari seminggu aku kat UKM ni. Aku lebih suka berulang-alik dari duduk kat Kolej Zaba yang membosankan.

Tu je la rasanya nak menceceh hari ni. Nanti ntah bila lagi dapat menceceh. Sekarang hari semakin padat. Ok la. Take care ye kawan-kawan.. Jaga kesihatan ok..Awasi Jarak dengan orang yang batuk, selesema, bersin or sebagainya ok..

Bye....


Nota di kaki kiriku: Orang demam campak or Pelentong boleh mandi ok. Jangan la pantang sangat sampai mandi pun taknak. Ni pesanan khas untuk Kakakku yang dah plan siap-siap tak mahu mandi nak lap-lap je masa on the way balik Melaka semalam. Lagi tak mandi lagi miang merenyam tak tidur malam la korang..

Raya Was Fun

Tuesday, September 21, 2010

Assalamualaikum and Hello Peeps!!

Raya this year?Awesomeness..Last minute decision to Raya in Perak so around 10-15 minutes before buka puasa on the last day of puasa, family kami packing and pecut back to Perak. Buka Puasa dalam kereta was fun yet not that comfy. Kami sampai Kampung Permatang, Sri Manjung, Perak around 12.30 am. Kami ingat kami la family yang last to arrived tapi bila sampai halaman kampung, takde siapa yang balik kecuali Yasser and family.

Opah still kuat no penyakit at all kecuali limping legs and also tak berapa ingat. Kebanyakkan cucu langsung dia tak ingat. As for me and Along, Opah ingat Along dulu before me. Along, Me and Yasser Opah kind of ingat lagi sebab 5 tahun kot dia bela kami dulu.

Hari Raya pertama hujan renyai-renyai. So since kami pun sikit je kat rumah, takde la aktiviti raya yang menarik. Nak-nak pulak anak Yasser kena demam Pelentong so takde la kata nak raya rumah sedara mara sangat. Famili yang lain started to arrived petang raya. itupun ramai yang balik sekejap. Tahniah to Abang Haris and Kak Wan sebab raya dengan newborn baby. Sorry, tak ingat nama baby just ingat baby tu panggilnya Nisa'. Tahniah also to Kak Ida and Hubby sebab raya dengan newborn jugak, Adam.

Raya Kedua, Family Acu balik. Acu baru je balik from UK so sangat best pekenakan anak-anak Acu. Mak Aih..Speaking sampai I pun tak paham. Ngan Opah pun speaking English sampai Opah kata dorang kambing sebab cakap merepek-repek.

Malas nak cerita panjang so let pictures do all the talking.
Mak And Ayah
Mak, Ayah dan Opah
Famili with Opah
Yasser, Fiza (wife), Ika and Opah
Famili Ayie and Opah
Anak-anak Opah (4 out of 11)
Those yang balik raya
Yours truly and mak

Along with Ika
Ika cuba bagi peace signal
Ika anak yasser
Pak Andak's Family
Fooling around dekat anjung
Recapture the feeling time kecil-kecil dulu
Hard time untuk pose dengan Iman Faliq
3 budak Mat salleh celup
Adults yang over trying to teach those 3 mat salleh celup to say belacan
Acu's Family
Fooling Around
Orang Kuat Dapur berkirap sebab kepanasan
Couple yang shy-shy cat
2 generations having some chitchat
mak and Along
Farzana and Along
Family Mak chik
Luar rumah Opah
Ika ajak Cujat main kat luar
Aksi di pagi raya ke3
Acu and Mak
Anak abg Haris and Kak Wan
Makan di rumah Pak Uda De'ei
Makan sampai kembung yet managed to camwhore
Perbincangan hebat kes Sosilawati
Pak Uda De'ei ala-ala YB
Mak Uda dan Acu
Pak Uda jamu aiskrim
tunggu Opah siap
Families
Famili Pak yang
Yasser and Along
Abang Haris And Kak Wan with newborn
 Apa-apa pun thanks to Nyah and Otam sebab prepare awesome foods sepanjang raya ni. Kek Otam sedap gila sampai sekarang still kecur air liur. Thanks to Along sebab dengan baik hati belanja kitorang makan pizza malam tu. Takpe, nanti I keje nanti I belanja Raya tahun depan k. 

Second raya, Acu bawa kami escape kepenatan tetamu dengan belanja kami makan Mc D. Haih, murah rezeki tahun ni. ramai nak belanja.


Next entry..kita tunggu updates for pertunangan Kocham pulak..


take care peeps..


Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin..