Dating Dengan......

Thursday, September 30, 2010

Assalamualaikum and Selamat malam peeps..

Makcik Koyah
Mula-mula nak cerita pasal makcik Koyah. Makcik Koyah hari tu sesak nafas. Masya-Allah degilnya bukan main la. Dalam sesak-sesak nafas ni, Makcik Koyahh bersilat berkungfu bersilambam seorang diri kat rumah dok bersihkan rumah yang tinggal lama sebab raya sakan-sakan kat kampung itu hari. Lepas tu semput la Makcik Koyah kat rumah tu. Nak dijadikan cerita, Makcik Koyah pun ditahan masuk jel eh silap..masuk hospital..Dr Kuan kat Hospital Selayang, I Lap U lah. Tenkiu la tahan Makcik Koyah masuk wad. Kalau tak, abis semua pencak jurus silat dia buat kat rumah tu. Makcik Koyah ni pantang nampak habuk. Asal ada habuk habis satu rumah dia godak nak bersihkan. Sebiji memang fotokopi lah perangai arwah nenek dulu.

taken from Google


Makanya, sebab Makcik Koyah ni banyak lah penyakitnya, Lelah la Diabetic la high blood pressure la, jadi Dr Kuan pun tahan dia sebagai patient yang high risk in H1N1. Ye, kawan-kawan..H1N1 masih bersama kita..Aku pun dah lama buat-buat tak kenal H1N1 ni.*hiks*


taken from Google

Lepas Makcik Koyah dibenarkan pulang, Along pulak mengadu sakit-sakit badan. Rupa-rupanya dia sudah berjangjit dengan Yasser dan anak Yasser. Itu Hari masa raya Yasser dan Ika demam campak..Ye..kalau raya, semua rasa sakit hilang. badan merenyam macam mana sekalipun tetap gigih untuk sambut Syawal. Aku dah pernah kena so Ika tu memang rajin aku kelek ke hulur ke hilir. Tup-tup lepas seminggu Along pulak kena.

Jadinya, semalam aku hantar la budak pelentong ni balik rumah. Aku pun tak tau la siapa jaga siapa. Mak lelah, Along pulak kena pelentong. Korang pandai-pandai la jaga diri masing-masing ek. Muahaha..Hari ni aku balik Bangi bawak kereta Along.

Apa ek aku nak cerita ni? macam rojak buah je entry ni. suka hati la labu..Oh..tadi aku dating. Best betul dating. Mula-mula g Mamak. masing-masing kenyang tapi desire nak jumpa tu tinggi. Makanya makan pun bodoh-bodoh je la..Pastu masing-masing tekak nak makan aiskrim. Kami pun pergi la Drive thru beli sundae. Itu lah. Kalau dating dengan best friend aku, Syikin, memang tak tentu hala je. asal dapat gossip banyak-banyak pun cukup. Dengan Syikin, semua hal aku boleh cerita.

Rindu sebenarnya nak dating dengan Syikin. Asyik bertangguh je. Masing-masing busy. Konon...Selalu sekarang ni dating dengan Along je la. Setiap kali waktu free mesti lepak kat rumah dia yang best tu. Sejak-sejak Along pindah masuk kuarters, aku lebih senang menghabiskan masa kat situ. Sangat tenang. Dan sangat jimat sebab boleh masak. Jadi boleh bilang sangat la dengan jari berapa hari seminggu aku kat UKM ni. Aku lebih suka berulang-alik dari duduk kat Kolej Zaba yang membosankan.

Tu je la rasanya nak menceceh hari ni. Nanti ntah bila lagi dapat menceceh. Sekarang hari semakin padat. Ok la. Take care ye kawan-kawan.. Jaga kesihatan ok..Awasi Jarak dengan orang yang batuk, selesema, bersin or sebagainya ok..

Bye....


Nota di kaki kiriku: Orang demam campak or Pelentong boleh mandi ok. Jangan la pantang sangat sampai mandi pun taknak. Ni pesanan khas untuk Kakakku yang dah plan siap-siap tak mahu mandi nak lap-lap je masa on the way balik Melaka semalam. Lagi tak mandi lagi miang merenyam tak tidur malam la korang..

4 Kisah Mengisah:

armouris said...

info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

Zati Suka Pelangi said...

@armouris

thanks sebab share info yang berguna =)

Bungakopi said...

sempoi je nama makcik koyah.. ape nama betul die ek

Zati Suka Pelangi said...

@bungakopi
nama makcik koyah sebenarnya Rokiah. anak jiran sorang tu panggil makcik koyah jadinya bunyi macam best je so kitorang pun ikut je la..hehe