Gaduh Dengan Along

Saturday, May 29, 2010

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

entry ni sepatutnya minggu lepas dah tulis tapi malas, bertangguh dari sehari ke sehari..Entry ni pasal gaduh tapi bukan gaduh sakan-sakan pun gaduh masa kecik-kecik dulu..Masa zaman kecik-kecik ambo and along rajin sangat la gaduh..kalau dah gaduh tu, akan keluar la pantun 3 kerat yang sangat popular di kalangan along dan ambo sampai mak ambo menyampah dengar pantun 3 kerat ni..

tak mau kawan sudah,
t*t*k ang sebelah,
lama-lama terbelah..

ok...ambo sampai sekarang tak paham kenapa kena ada sebelah dan kenapa kena terbelah. make no sense at all. sape la yang reka pantun ni..Ko ek Long? menyampah je dengar. ambo teringat pantun ni sebab hari tu masa makan cendol itu hari, ada sorang budak ni kata kat abang dia takmo kawan..tetiba mak kata kat ambo "kamu ingat tak pantun 3 kerat kamu dengan along dulu?"

heh..of kos la ingat. lepas ingat pantun tu, terus ambo kaji. tak jumpa langsung keindahan dalam kata-kata pantun itu. ces..tak boleh ajar kat anak-anak ambo ni..pantun yang akan diban.hehe

tapi masa kami duk Hawaii dulu, kalau pantun yang berbunyi teasing ni pun ada gak..

teddy bear, teddy bear, who is that lady with fat cici,
I don't care teddy bear, you forgot your underwear..

ok..ni lagi tak masuk akal. mula-mula tanya lady with fat cici (t*t*k) and then tetiba kata teddy bear tu terlupa underwear. pelik..ni pantun ni, Jessica Oxentine yang ajar.

pun pantun ni akan kena ban oleh ambo dari kegunaan anak-anak ambo nanti.

so..k la..itu je nak share. how bout you guys?gaduh dulu ada pantun tak?

take care and have fun!!

XOXO

nota di kaki : dulu kecik-kecik kalau nak cop tempat, taknak bagi orang lain ambil tempat kita, bodoh-bodoh je ambo tulis dengan pen jari ambo, Alip Lam Lam Ha. korang duduk dosa besar..banyak la ko..ko duduk takpe pulak ek? haih..zaman budak-budak..

Entry Rojak

Tuesday, May 25, 2010

Assalamualaikum and Selamat Petang..

dah lama tak update entry. ok. kali ni entry rojak..satu entry macam-macam cerita. sapa malas baca, awas..hehe. 

Rojak 1 : Churros

tadi jalan-jalan kat satu blog paling ambo gemar sangat menyinggah iaitu blog resepi Kak D.. Tetiba jumpa sepi Churros. Last time makan Churros ni kat ada satu tempat ni. boleh kata everday beli Churros ni dulu. lama dah tak makan tetiba hari ni jumpa pulak resepi dia. apa lagi, melonjak dengan laju untuk g buat kat dapur..

sesapa yang try buat Churros ni, g la link tadi k. *wink2*

Rojak 2 : Luka

homaigod...tadi tu la masak sambil berangan kan..hambek kau jari terbelah sebab pisau. tinggal lagi sikit je kulit dia nak tanggal. tadi masa dah terkena pisau tu, dah tak pandang dah jari. hati bajet jari dah putus..(amboi..over..drama lebih)..ambo lari menerjah bilik Makcik Koyah sambil panting sekuat hati. Makcik Koyah ingat ambo masuk bilik nak suruh rasa masakan yang ambo masak.. sekali bila ambo datang dekat baru perasan darah menjejeh-jejeh sampai ke siku. darah memang tak reti nak berhenti..deras je dia keluar..

Makcik Koyah basuh-basuh dengan Dettol. belum lagi Makcik Koyah bubuh Dettol ambo dah jerit sakan dulu dah. Dulik!!!sampai Makcik Koyah kata "Belum letak lagi la!!"..huhu..sekali Makcik Koyah letak Dettol tak sakit rupanya..adeh..so sekarang ni jari ambo cacat..huhu..dah la tempat yang sama dulu tahun 1997 jari yang sama jugak hilang kulit sebab kena tokak dengan burung kakak tua..huwaaa...baru je kulit tu nak bernyawa dah hilang semula..

Rojak 3 : Happy Birthday

Happy Birthday to you..Happy Birthday to you..Happy Birthday dear Along....Happy Birthday to you...Hari ni hari jadi Along. Semoga panjang umur murah rezeki dan kehidupan diberkati Allah..Amin...Balik cepat..kita nak g holiday ni..

so..tu je la rojak hari ni..

take care and have fun..

XOXO..

Another Friend of Mine

Wednesday, May 5, 2010

Assalamualaikum and Selamat Malam..

It's good to be connected to them back. It feels so good. Catching up with their lives after being apart for 19 years. Heather Stephens, thanks for remembering us. And you've got yourself three gorgeous kids in the world. then suddenly I realized that I've got mail from Jessica Oxentine, one of my best friend back in kindergarten. 

Jessica and her son

mula-mula, Jessica macam lupa but then I told her that her family was my family's close friend. so, Jessica pun tanya mak dia and mak dia remembered us. not blaming Jessica at all sebab I left Hawaii when I was 6 so memang lupa la. Jessica ni masa tu suka datang rumah kitorang yang satu floor bawah dari rumah dia. kalau dia datang, dia tak pernah sesekali lupa untuk bring along her Barbie and Ken. masa tu kitorang suka panggil dia "si Lembik". 

tu je la nak share. Happy bila dapat cari dorang semula..

XOXO..

Double The Happiness

Sunday, May 2, 2010

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

ahhhhh..sangat tak sangka another long lost friend of mine masih lagi mengingati ambo yang hina dina ini. very the tak sangka..Happy sampai menitis air mata..biarpun dipisahkan oleh lautan tapi tak sangka friendship yang terhenti selama 19 tahun itu akhirnya bercantum semula. 

 Ashley Folk..my long lost friend..

Ashley Folk. one of my best friend in Kindergarten. Budak perempuan kiut miut yang suka sangat pakai muumuu (pakaian tradisi orang Hawaii) tapi suka berkaki ayam ke sekolah. selalu ikat rambut ponytail 2 dan punyai lesung pipit di kedua belah pipi. sekarang cik Ashley dah besar and dah makin cantik..and sangat tak sangka cik Ashley masih lagi sudi mengingati ambo. bila dia message kat facebook kata "what took you so long to find me in here!!", mengalir air mata ke pipi sebab dalam masa yang sama, dia juga cuba menjejak ambo di facebook dan myspace. Awwwwww...So schweet!!!Love you guys so much!!!

So..tu je la nak share..

take care and have fun..

XOXO..

Happy

Assalamualaikum and Selamat Pagi...

Happy..it describes my feeling right now. malam tadi yang tak dapat tidur penangan nescafe kaw-kaw paid off. kenapa la ambo happy sangat-sangat nie? cerita bermula begini..

ambo pulang ke Malaysia after 2-3 years kot duduk di Hawaii sebab ikut ayah belajar. masa tu kan kecik-kecik lagi and ambo sempat la tadika and sekolah darjah satu kat Salt Lake Elementary School, Hawaii. kat sana, ambo sangat rapat dengan satu budak perempuan cantik cute miut. then bila balik sini pada tahun 1991, memang tak pernah langsung dah jumpa and contact kawan ambo tu.

but malam tadi, I found her in facebook. and pagi ni bila online facebook, dia ingat lagi kat ambo rupanya. how great is that? happy kan bila someone we left quite a long time masih lagi ingat kat kita..and tadi baru je berbalas message dengan my long lost friend, Heather Stephens.

 my beautiful friend

happy..especially bila tau dia rajin jenguk Grandma Young and she told me Grandma Young is healthy as a horse. Grandma Young umur dah 86 years old tapi masih lagi kuat untuk cycling, volunteering in PNC kat Salt Lake Elementary School and do many stuff. I am so happy bila tau Heather dah ada 3 wonderful amazing kids. 

How I miss Hawaii and those we left there. 

ok la. take care and have fun..

XOXO..

Subuh Makin Hampir

Assalamualaikum and Selamat pagi..

Jam ticking and hampir 3.30 pagi. masih tak dapat nak lelapkan mata. macam-macam yang mengganggu fikiran malam ni. 

Owh ye..Tadi gatal-gatal tangan mencari kawan-kawan lama. Jumpa seorang kawan lama yang dah lama tak bertegur sapa. harap dia sudi terima add ambo di facebook. ntah dia kenal lagi ke tidak..ye la..muka masa zaman kecik-kecik dulu lain dengan yang dah besar gajah. but I still can remember her face. 

harap-harap terjalin semula persahabatan yang terputus dulu..

ok..bosan..nak tengok movie.

take care and have fun..

XOXO..