Cicak Oh Cicak

Wednesday, April 28, 2010

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

Kenapa pulak dengan cicak ye..hmm..Isnin hari tu teman Along and Makcik Koyah ronda-ronda Jusco Baru Melaka. Kalau Along yang shopping, ambo tak tahan..penat..dia nak keliling satu Jusco. Masa kat area barangan elektrik (ambo and Makcik Koyah jalan-jalan kebosanan sebab Along pilih tupperware lama sangat), Makcik Koyah terjumpa satu coffee maker. Then Makcik Koyah kata sama macam dia punya dulu..So..bermula la kisah cicak..hehehe..(Along, I know you are smiling rite now)..

~CiCaK Oh CiCaK~

credit : pakcik google

It happened quite few years back masa ambo time tu umur 14 tahun. Masa tu ambo and Along tinggal bersama Opah sebab mak ayah merantau. Semua barang dapur mak memang hangkut bawak gi Sitiawan. So, one day sepupu ambo, Yasser, bagi satu idea (Yasser dia satu tahun lagi tua dari ambo)..

Yasser : Weh Jat!! E-ce (dia bahasakan diri dia E-ce) ingat nanti esok g sekolah nak bawak air nescafe la..
Ambo : Ko kalau rajin sangat ko buatkan aku sekali ek Ce..
Yasser : Banyak la..ko nak ko buat la..
Ambo : Apa susah..mak aku dulu ada coffee maker. kita buat guna coffee maker nak?
Yasser : Boleh..Boleh..

So, ambo and Yasser pun selongkar la stor Opah cari coffee maker mak ambo. Along takde dalam scene ni sebab dia tak suka buat tapi suka terima the end product only. pendek kata, kaki paw.

So, bermula pada saat itu, ambo and Yasser bawak air nescafe sejuk-sejuk g sekolah. Ye lah..malam ambo and Yasser bertungkus-lumus berhempas-pulas buat Nescafe then terus masuk peti ais. esoknya minum memang heaven la sangat..

then, a week after that, Nyah (makcik ambo yang tinggal sekali dengan Opah) bersihkan la coffee maker tu. yelah kan..anak sedara dia 2 orang ni ketagih nescafe..kang kalau tak bersihkan luar dalam, budak-budak 2 orang ni main sebat je. So, Nyah pun bukak la penapis coffee dia tu..Jeng3x..Nyah menjerit dengan nada yang sangat-sangat tak percaya dan hampir pengsan. 

Dalam fikiran Nyah berlegar-legar muka ambo and Yasser silih berganti tanpa henti. Homaigod..(berdebarkan??berdebarkan??)

Nyah seakan tidak percaya 2 orang anak sedara beliau telah selama seminggu dengan jayanya (usaha tangga kejayaan) meminum air Nescafe buatan coffee maker yang bongoks itu. Nyah hampir pengsan bila mengetahui 2 orang anak sedara beliau telah seminggu minum air Nescafe tersebut. ini kerana penemuan bangkai cicak yang telah kering didalamnya...

ok..ambo tau ramai dah muntah darah..ye..itulah rahsia kebijaksanaan ambo (miahahahah)..Alahai...bila Nyah bagitau kami, kami rasa loya tekak nak muntah. demam ambo seminggu mengenangkan cicak itu. Ye, Along ntah kenapa sepanjang seminggu itu dia langsung tak pernah paw air nescafe kami..seakan-akan tahu akan kehadiran bangkai cicak di dalam itu (Ko sabotaj kitorang ek Long?ko memang dengki kan..Huh)

Itu je la kisah hampa ambo dan Yasser. setiap kali berjumpa Yasser (since dia dah kawen and dah beranak pinak ambo sangat jarang jumpa dia), cerita cicak ni memang terkenang-kenang. paling sangat terkenang bila terbayang wajah excited ambo dan Yasser buat air nescafe tu dan siap berhati busuk plan baik punya taknak bagi setitik pun kat Along. huwaaaaaaaaa....kalau ambo tau, ambo bagi sebotol kat hang Long....Sumpah..taknak busuk hati lagi dengan hang Along..setiap kali nak dengki dengki hang, ada je benda tak kena tau..mencik!!!

So tu je la kisahnya..moral of the story, cek betul-betul k sebelum guna..

Take care and have fun..

XOXO..

Memories Of You And You And Also You

Monday, April 26, 2010


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Pagi-pagi ni just teringin nak share about books yang selalu menemani zaman kecilku. Selalu kalau tak boleh tidur, ambo suka baca buku. bukan buku yang maha heavy isi kandungan dia, just buku kanak-kanak yang pernah suatu ketika menemani tumbesaran ambo sehingga jadi cerdik pandai..wahaha..mengaku cerdik pulak dia..biasa dia ni..hish..

lepas ni, mungkin blog ni akan jadi blog yang review buku kanak-kanak..ahaha..ok..saya mengaku..saya dah tua tapi still sangat-sangat meminati buku kanak-kanak..sila gelak..

 Koleksi Buku Disney

I heart Disney. dari kecil sampai besar ambo memang suka Disney. Ambo ada bercadang one day bila ambo dah settle down, ambo nak kumpul semua buku Disney (sangat bersemangat!!). These books mak ayah yang beli. tak ingat bila mak ayah beli but turns out buku-buku ni la yang meneman tidur ambo kecil-kecil dahulu. Antara semua tu, paling ambo suka baca "Sleeping Beauty". sampai lunyai buku tu ambo buat. ye ambo akui, kecil-kecil dulu berangan jadi Sleeping Beauty..OK!!OK!!dah besar pun berangan jugak..huhu..

Buku Disney Juga

2 buku ni pun dari Disney jugak tapi versi lain dari yang atas. yang koleksi atas tu jenis tebal-tebal yang "Bambi" dan "Peter Pan" ni versi nipis. 

Koleksi Buku Dari Little Golden Book

Ni buku dari Little Golden Book. dari pelbagai range umur. untuk yang kecik-kecik baru nak belajar ada sampai la yang boleh baca. My favourite "Shy Lttle Kitty's Secret Place". yang "Oscar's Book" tu pun enjoy baca. dulu kecik-kecik takde la paham sangat baca tapi dah besar baru paham..miahahaha..

Gift From Grandma Young

buku yang paling disayangi. it was a christmas present from my beloved Grandma Young (Lorraine N. Young). sangat mudah dibaca and also sangat enjoyable. and there's also a note from Grandma in this book.

The Precious Note

Nikki Young is Grandma's granddaughter. It's actually from Grandma off course since Nikki was a year older than me so obviously it was Grandma who bought this book. 

Another Precious Book

I received this book from Aunt Blanche. She was my best friend's mother, Heather. I think this is also a Christmas gift. 

The Precious Note

yes Aunty Blanche. I do enjoy reading this book. and the enjoyable moment never stops. And I hope one day my kids also enjoy the book you gave me. and I will always remember you..Miss You!!

Maxwell Finds A Friend

The Precious Note

yes..we do found a friend in Hawaii and in fact many friends in Hawaii. you guys were amazing and we do have happy memories. 

Pairs

ok. memang mak ayah beli 2 but tajuk lain-lain. mak ayah ada 2 anak dara so kalau sorang dapat sorang lagi tak dapat boleh jadi perang dunia. so untuk mengelakkan perang dunia (walaupun selalu jugak meletus perang teluk), mak ayah beli sorang satu but tajuk lain-lain so that tak gaduh and boleh share.

Mrs. Neil

buku-buku ni pulak pemberian ikhlas dari guru tadika ambo, Mrs Neil. actually Mrs. Neil bukan la guru kelas ambo, tapi guru kelas untuk kelas lain. masa tu ambo cakap dengan dia macam ayam dan itik. Dia cakap english ambo lak cakap melayu pekat ala-ala jawa. tapi dia sabo banyak dengan ambo ajar ambo cakap english. miahaha..agaknya, terus kena darah tinggi cikgu tu pasal ambo sangat tegar cakap bahasa ibunda. dasar degil kepala batu punya budak. 

Buku Berinformasi

Lagi buku berimaginasi tinggi

Buku Tak Pernah Baca

ye..ini la satu-satunya buku yang tak pernah sesekali ambo baca. ambo tak minat k buku ni. Star Wars kan? adeh..memang dari kecik sampai besar ambo tak pernah lagi terlintas dalam hati nak baca. nanti la kot-kot ada anak nanti boleh la minta dia baca and buat ulasan sekali. miahahaha..

So tu je la yang ambo nak cerita pasal buku kanak-kanak. buku mampu merangsang minda kanak-kanak yang sedang membesar. sambil baca sambil otak ligat berimaginasi. sebab tu la ambo kalau birthday anak-anak sedara, ambo lagi prefer bagi buku dari mainan. sekarang buku telah mengalami pembaharuan yang banyak demi untuk tarik minat membaca. ada buku kanak-kanak yang kalau tekan keluar bunyi la, keluar cahaya la.. and dulu ambo ada satu buku pop-up tapi dah hilang ntah kemana. 

bagi ambo setiap buku kanak-kanak yng ambo ada adalah kenangan zaman kanak-kanak yang paling ambo sayang. especially pemberian orang tersayang. 


So..Pupuklah minat membaca..

take care and have fun..
XOXO..

Resepi Pineapple Cream Butter Cake

Wednesday, April 21, 2010


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..

Semalam hari rajin sedunia. memang rajin la sangat sebab belek-belek buku resepi mak terjumpa satu resepi yang agak best. resepi Coconut Cream Cake. dengan bangga nak buat la try testing-testing 1,2,3..tapi sayang bila dried coconut yang dibeli dah tengi so ambo tukar jadi Pineapple Cream cake..So Ambo share la ek resepi ni. ambo dapat resepi ni dari buku resepi mak yang agak lama so sukatan semua guna cup..hehe..

Cake
2 1/2 cups tepung gandum
3 teaspoon baking powder
1 teaspoon garam
1 buku butter
1 1/2 cup gula
1 teaspoon ovalette
4 biji telur
1 cup susu segar
1 tin nenas 

Filling
1/2 cup gula
1/2 cup tepung gandum
1 teaspoon garam
1 cup susu segar
**masakkan atas api yang perlahan sampai boil
**masukkan telur sebiji yang telah dipukul rata
**kacau sehingga agak pekat
**masukkan 2 sudu butter dan sesudu perasa vanilla
**kacau sehingga tiada gumpalan 

Cara Buat
  • ayak tepung gandum, baking powder dan garam
  • dalam bekas yang lain, pukul butter gula dan ovalette sampai kembang
  • masukkan telur dalam batter tadi dan pukul sampai sebati
  • masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit diselangi dengan susu segar
  • gaul secara kaup balik sampai rata dan sebati.
  • bahagi kepada 2 bahagian
  • bakar bahagian pertama dalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 10 minit
  • keluarkan bahagian pertama itu dan sapukan filling yang telah masak diatasnya.
  • kemudian susun nenas diatasnya
  • letakkan batter cake yang selebihnya diatas susunan nenas tersebut dan bakar sehingga masak
tada..agak sedap kalau simpan dalam peti sejuk. memang heaven makan. anak-anak sedara makan sampai kelisin. tak tinggal kerak pun. ambo tak letak frosting kat kek sebab filling tu dah manis so macam taknak la kek tu manis sangat..

resepi diambil dari buku resepi Betty Crocker's Picture Cook Book (1950)

Ok..take care and Have fun!!
XOXO..
 



Nota Di Kaki : Ok..baru dapat tau..buku ni hadiah dari Grandma Young kat makcik Koyah. Grandma Young adalah nenek angkat ambo and Along semasa berada di perantauan kecik-kecik dulu. Asalnya dia orang Jepun tapi merantau dan menetap di Hawaii. Buku ni adalah buku kegemaran dan kesayang mendiang Grandpa Young.

Tutorial Tukar Font Comel

Monday, April 19, 2010

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..

Ok..After godek-godek blog ambo ni akhirnya ambo puas hati jugak la dengan hasil ambo buat ni..ye..tadi ambo kata nak tido tapi bila ambo tengok-tengok rasa macam nak godek-godek lagi so ambo tangguhkan dulu tidur ambo..

dulu-dulu ada jugak yang meminta buat tutorial tukar font chomel-chomel untuk Post Title..ok..ambo tak bagi la tutorial tu tapi ambo bagi link..ikut la step by step dia suruh..Insya-Allah boleh jadi..Owh..Kecomelan Post Title ambo ni dicreditkan kepada Amanda & Kevin.. Klik k pada Amanda & Kevin ni..terus ambo linkkan tutorial yang dorang bagi. memang senang faham and senang ikut. and choices sangat la banyak and boleh jadi rambang mata k tengok font yang cantik-cantik comel-comel..

so, sapa-sapa tak faham or ada kekeliruan, bagitahu ambo k..mungkin ambo boleh tolong serba sedikit..

lagi sekali ambo bagi link >>Amanda & Kevin<<

Selamat Mencuba..

Take care and have fun..

XOXO..

Bertukar Wajah

Sunday, April 18, 2010


Assalamualaikum Dan Selamat Malam..

Ha...blog kesayangan ambo dah bertukar wajah dan juga bertukar nama (sekali lagi)..nama tuan pun turut bertukar..


Nama blog: Warna-warna Pelangi
Nama Tuan: Cik Pelangi

ye..memang mengada..huhu..ambo rasa macam dah sampai seru untuk tukar segala kat blog ni. tu yang pulun dari pagi tadi cari template blog. sampai pening-pening kepala mengadap lappy. Makcik Koyah panggil makan pun bertahan ambo taknak makan gara-gara blog (rajin-rajin la ambo ngadap blog tara gini, untung-untung cepat sikit slim..miahaha)..

adeh..okla la ek..ambo nak tidur..keletihan..

Take care and have fun!!

XOXO..

Nota di kaki : nape la si zati ni suka sangat pelangi? sebab kecik-kecik dulu sangat-sangat mempercayai ada pot of gold at the end of each rainbow..hah!!kan ambo dah kata..ni la hasil suka sangat baca buku kanak-kanak yang sangat berimaginasi tinggi..