Roomie Yang Sangat Kool

Sunday, July 11, 2010

Assalamualaikum..

Hah...penat gilak!!barang banyak lagi tak bawak naik atas. lantak la. korang duduk la dendiam kat bawah sana. I tak larat nak angkut naik atas. patah pinggang..

Roomy baru sangat kool. yehaww!!apsal? sebab cara dia sangat la sempoi. Orang Kedah, gila movie macam I jugak. boleh la tukar-tukar movie ngan dia. ahaha...ni g sekolah ni nak belajar ke nak tengok movie ni. Apa-apa pun takmo attach sangat sebab nanti jadi gaduh ke apa kan ke susah..rebut boipren ke apa ke..miahahahaha...

Neway, back to barang-barang, sapa nak tolong angkat naik tingkat 4 angkat tangan sekarang...pandai ek..sorang pun taknak angkat. huhu..tadi Along dah tolong bawak sikit tapi pancit macam apa je. tak boleh bawak teman la dia tu. rasa macam dulu tak banyak pulak barang tapi napa arini rasa macam berlori-lori barang ni?

Aritu ada jugak bercadang nak tutup blog, tapi berfikir gila banyak kali so I pun malas la nak tutup. bukan sayang, tapi cinta..kehkehkeh...blog ni kalau tak silap nak dekat setengah tahun dah dia hidup..jarang blog I hidup selama dia ni..kihkihkih..

k la..malas nak celoteh panjang-panjang sebab nanti bosan lak jadinya. so take care and have fun..

XOXO..

Nota di kaki: Blog ni memang rojak so jangan la marah ek kalau rasa macam buang masa je baca blog I ni..

Back To School

Assalamualaikum and salam sejahtera..

Today I balik sekolah balik..Huwaa...Rasa macam malas je. Ok..pagi tadi my sis hantar I pergi daftar kolej and dapat la Kolej Zaba. Mak aih..U all bagi I tingkat 4 lagi sekali. Kurusnya tidak pun..bertambah tambah sihat je. miahahaha...

Barang memang tak banyak bawak dari Melaka but the problem is that barang masa sem 1 dulu semua kat stor tingkat 4 blok lain..mak aih..jenuh la panjat turun naik tangga macam orang gila angkat barang. Tadi angkat barang-barang yang bawak dari rumah je. takde kuasa la nak g mengangkat dari blok sana nun ke blok sini nun. miahaha...pemalas katakan..

tekak pulak sakit perit, selesema pulak tu, badan dah dedau-dedau so memang tak boleh nak kerjasama sikit ngan badan sendiri sebab badan sendiri dah mogok tak mahu angkat barang. Kali ni dapat bilik berdua so ada roomy tapi tak kenal lagi sebab tak jumpa lagi. tadi lepas angkat barang tadi terus ikut along g putrajaya sebab dia nak g ofis. petang ni nak teman dia tengok tournament bowling anjuran tempat kerja dia. I tanya dia Along tak g main bowling ke? dia kata dia tak pergi masa selection aritu. Ok..ngan along U have to read between the line. maksud ayat dia, Along memang taknak main sebab kalau along main nanti semua bola bowling masuk longkang. kihkihkihkih....

I pernah main bowling dulu bola bowling dah baling tapi I tengok bola bowling takde pulak meluru ke pin bowling tu..rupanya bola bowling tu sudah I baling kebelakang la pulak....damn..malu..malu...letak muka dalam baju terus sebab orang kiri kanan semua dok gelak-gelak. time tu jugak rasanya mahu g buat plastik surgery sebab sangat malu rasa semua orang kenal muka budak baling bola bowling ke belakang. huwaaaa...

Ok la..tu je la update dari Jabatan Peguam Negara..miahahah..tumpang hak kerajaan nak update blog..bosan la ahad-ahad pun teman Along yang workaholic ni. hehehe...

Take care and have fun....

Bercuti Ke Mimaland

Saturday, July 10, 2010

Hello peeps...

Jumaat hari tu memang mencabar keimanan dan kesabaran betul la. Malam before bertolak ke Selayang, tak boleh lelap mata langsung. Nak dekat pukul 5 pagi baru dapat lelap tapi pukul 6 dah bangun nak bergerak ke Selayang. Wah...tension...Sampai kat Hentian Seremban, I stop sebab nak beli redbull. Mata terbeliak tapi otak tidur..damn........

Sampai Selayang terus ambil kakak sedara ku yang anggun, Angah (I tau angah tengah senyum kembang kempis hidung) terus menuju ke Klinik Uitm near Hospital Selayang. Dari pukul 9 sampai la pukul 12 lebih kami tunggu ayah tak jugak dipanggil-panggil untuk jumpa doktor..huh...kematu bon2 I. Nasib Angah anggun ada, kalau tak mati kebosanan sebab takde TV nak tengok..Tapi tempat menunggu dia ada kerusi-empuk-sangat-best-boleh-buat-tido-sampai-berdengkur-pun-boleh-tak-sedar. After ayah jumpa doktor (at last....), kami terus pecut g ambil Along di Stesen Putra Gombak. Nasib la I dulu rajin g UIA masa Along belajar sana, kalau tak sumpah I tak tau letak mana Stesennya. 

After ambil Along of kos la terus la tuju ke Mimaland, rumah Mak Ngah (Mak Ngah ni kira 2 pupu I tapi dia lebih tua dari ayah mungkin umur dalam 60+ so terus panggil Mak Ngah). Mimaland ayah kata dulu macam taman tema ada tempat riadah-riadah tapi dah close down so dah takde apa-apa kat situ. Nak dijadikan cerita, ayah dengan yakin penuh riak dan takbur kata dia tau Mimaland ni kat mana. Ok...I tak pernah jejak so I ikut je la..Ayah kata kat belakang Zoo Negara so I pun tuju je la ke belakang Zoo Negara dengan harapan cepat sampai sebab sangat lapar tahan perut dari pagi sebab nak makan banyak-banyak kat rumah Mak Ngah tapi dalam hati tersetik gak "Mak Ngah aritu kata Mimaland kat Gombak kat area-area UIA.." Pastu I sound ayah kata aritu kalau tak silap mak ngah kabo Mimaland kat Gombak. Haish..Ayah tak dulik, ayah kata belakang Zoo..

So kami pun call Mak Ngah (itu pun bila lepas tengok signboard nak ke Kemensah la pulak), Mak Ngah hangin je ngan ayah kata ada ke kat belakang Zoo..Kat Muzium Orang Asli Gombak la ayah oiiiiiiiiii.....Patah balik along drive sebab dia kata dia tau mana letaknya (dekat dengan restoran depan kubur yang dulu dia kata sedap-sedap tapi bila kitorang makan takde la sedap mana pun..caitt)..

Sampai kat jambatan nak masuk bukit Mimaland, Pak Ngah dah sedia tunggu kami. Pak Ngah dengan rilek tanya "Along boleh tak drive naik bukit ni?"..Hai...dalam hati kami ni, tak susah mana kot nak naik bukit bawak keta ayah...miahahaha...gila berlagak la pulak...So kami pun follow Pak Ngah..bukit yang bawah tu rilek je la bawak..Pastu bila belok kanan, alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jalan nak ke rumah mak ngah memang adventure. Jalan tu muat-muat satu keta je lalu. Jalan tu kalau tak hati-hati mau nya terjun gaung. dah tu bukitnya mak haih..steep nye mak ngah!!berpeluh Along drive naik bukit. I tak berani nak tengok bawah dah...gaung...Sampaikan masing-masing senyap tak berkata apa nak bernafas pun rasa macam tak mampu..Angah..I know U pun takut kan...Ahahahaha...Dah tu pulak rumah mak ngah nun jauh atas bukit paling atas sana tu. Tak dan I nak amek pic jalan ke rumah mak ngah. nak gerak godak-godak beg cari kamera konon, padahal nak kelip mata pun dah geletar rasanya..

But.......sampai atas, rasa berbaloi fear tadi...sangat cantik and sangat fresh..And.....banyak gila rambutan makan sampai lebam sekarang sakit tekak and batuk-batuk. 

Ok..Let the pictures do all the talking..



See the view belakang Angah, berkabus sebab baru lepas hujan and sangat sejuk...brrr...

this is Pak Ngah and Mak Ngah..sangat mesra alam..

Ni we all baru sampai..masing-masing gigil lagi sebab adventure sangat naik bukit..

Mak, Along and Angah posing before petik rambutan..

cam whoring eventho belakang dorang bukit sangat curam and I know masing-masing ketaq lutut..

this use to be Mimaland punya lake but sekarang dah jadi tempat orang korek pasir..

this is Miki, anjing Pak Ngah bela untuk jaga rumah sebab banyak binatang buas..

Mak Ngah cerita latar belakang Mimaland time ni..


ok..2 orang ni buat-buat rajin je..Mak Ngah yang kutip semua..miahahaha..

Hah!!nak bawak rambutan tu pi mana??ahahaha..

hang intai sapa mandi tu long??

Unfortunately, masa tak izinkan kami duk lama-lama. huhu..Mak Ngah, next time ek kami datang lagi..tapi mak Ngah sediakan kabel car la Mak Ngah..tak berani la nak drive naik...huhu..sangat best gi sana..masa nak turun tu hujan renyai-renyai so jalan agak licin. yang bestnya, before turun Mak Ngah lak dok cerita pasal ada sorang tu bawak keta sampai keta orang tu terbabas masuk gaung..nasib tak apa-apa sebab kebetulan kereta sangkut kat tunggul kayu masa pertengahan gaung tu..mak haih..Mak Ngah wat kami tercengang sementara..aduhai...lemah jantung ku..

Ok la..tu je la update kali ni. Next time kalau I naik lagi nak amek pic jalan naik tu..ha..baru korang tau seriau tak seriau nak naik sana..

anyway, Mak Ngah, kami akan muncul lagi sebab tak puas main kat kebun Mak Ngah. Kebun Mak Ngah sangat best tapi sangat sakit kaki sebab kena naik turun tangga yang pelbagai saiz so kaki akan kejang bila sampai atas. haish...


Cikgu Di Hospital Selayang

Wednesday, June 2, 2010

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

I don't know but maybe some of you readers might happen to be one of the students of SMK Convent Sitiawan. Puan Loo, cikgu Geografi, disahkan cancer stage 4. Mrs Loo happens to be my best friend's mom. I was shocked bila Otam bagitau ambo hari tu. Jamie Loo Liming was my partner in crime back in those happy school days. we're like bonnie and clyde, tom and jerry. gaduh tu biasa and bila berkawan tu sangat la rapat. 

Around 2 p.m, Angah bawak ambo naik ke tingkat 10. ke wad 10D di mana Mrs Loo terlantar. ambo ketuk pintu and masuk. Mr Loo then asked me "who are you"..then ambo jawab ambo ni student Mrs Loo and kawan Jamie. then Mr Loo let me in and instantly I saw Mrs Loo. God..I was crying inside. she's very different. and my eyes caught Jamie. I was like "Omaigod...I miss you"..ambo peluk Jamie for quite a while.

Kronologi Mrs Loo before she was bedridden. (sumber: Mr Loo and Jamie)
  • she was ok and strong before she was diagnosed with cancer
  • Jamie told me Mrs Loo started losing weight about a year ago but they just assume she was on diet and maybe the aging factor might affected her appetite.
  • Mrs Loo didn't realized she is fighting with cancer all these years because she didn't feel any pain.
  • but 2 weeks ago, she started to have stomachache but she just assumed it was 'angin'
  • Mrs Loo still teaching in SMK Convent Sitiawan 2 weeks ago before she was warded.
  • friends and family started to perasan mata Mrs Loo kuning.
  • then Mr Loo bawak Mrs Loo for check up at Pantai Ipoh.
  • Doctors confirmed cancer have affected her liver, pundi hempedu and those organs around those cluster.
  • being warded at Pantai Ipoh for a week then Mr Loo and family buat keputusan untuk refer ke Hospital Selayang (Hospital Selayang ada pakar ramai..sebab tu my mom and dad sangat suka check up kat Selayang rather than going for treatment kat Melaka)
  • and Isnin bila ambo datang jumpa, Mr Loo told me that Mrs Loo kena bernafas melalui bantuan pernafasan sebab her lung ada cecair so its very difficult for her to breath on her own. 
  • Jamie told me masa warded di Pantai Ipoh her heartbeat was 190..that is why doctors nasihatkan Mrs Loo untuk banyakkan tidur..
Jamie, I hope kamu strong ok..kita tau kamu strong. don't worry..Miracles can happen.

SMK Convent Sitiawan, please spread the words. 

XOXO..

Tayar Pecah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Hari Isnin hari tu, hari ambo balik UKM. meneruskan perjuangan. tapi before balik UKM, ambo bawak mak ayah g Hospital Selayang. Masing-masing ada check-up. Mula-mula bawak kereta tu, follow belakang Along je. Malas nak speed up especially malam sebelum tu tak cukup tidur and agak mengantuk bawak kereta. Tapi bila sampai area Seremban, ayah suruh speed up memandangkan Along bawak kereta slow sangat and destination kami lagi jauh dari Along. So ambo pun speed up and honestly ambo bawak kereta tak ikut speed limit which the area stated 110km/j but ambo bantai bawak dalam 130-140km/j..tapi bila nak sampai Bangi tu ambo slow balik ikut speed limit. Tengah syok bawak kereta, ada satu motor ni lalu tepi ambo hon-hon. ambo macam "apehal ko hon aku ni?"..then again, after motor tu, banyak lak kereta hon-hon..what the hell la dorang hon-hon ni..fortunately, ada satu kereta X-trail ni, dia bagi isyarat tangan suruh ketepi so ambo instantly tanya ayah, might be something wrong with our car..so bila ambo dah sampai lane kecemasan, that second jugak tayar belakang "boom" pecah. homaigod...I was like dalam mind dok fikir kalau tayar meletop time ambo tgh laju tadi demm...Especially ambo yang jenis cepat panik..

so kebetulan along not far behind us so along pun berhenti. the funny thing was that none of the four of us realized yang belakang kad tol ada no fon Plus..Along beria-ia call kawan-kawan dia minta no fon PLUS.

PLUS datang a bit late, tetiba ada satu van Propel berhenti and hulurkan bantuan..

Pakcik Propel tu bagi amaran keras to all of us if any of this kind of thing happen again
  1. Berhentikan kereta serapat-rapatnya ke tepi jalan..if takde penghadang jalan kat tepi tu, masuk je kat rumput.
  2. Jangan betulkan kereta sendiri..tunggu PLUS sampai. (sebab PLUS tugas dia membantu dan sangat bahaya untuk betulkan kereta sendiri especially kitorang tayar pecah belah kanan so akan ada tendency menonggeng-nonggeng punggung ke arah jalan raya..kereta lalu tak perasan kita tonggeng dah lain cerita kan..)
  3. lepas kereta berhenti, jangan duduk dalam kereta..duduk luar kereta. (banyak kes kan)
thanks a lot to pakcik Propel and Pakcik PLUS sebab memberi bantuan. ok...dah orang tolong walaupun dorang tak minta duit, bagi la duit kopi..they risk their life what untuk baiki kereta kita kat highway yang banyak kereta. tapi bantuan sangat cepat..PLUs cuma lambat dari Propel dalam 10 minit. sangat cepat dorang buat kerja. lepas ni, sapa-sapa kereta rosak or anything, just flip tol kad tu and you guys akan jumpa the PLUS punya number.