Balik Kampung Nak Jumpa Opah Terchenta

Tuesday, January 18, 2011

Assalamualaikum ya kawan-kawan dan selamat sejahtera..

Cerita lapuk baru nak update kat blog. Kamera telah diberikan kepada Along, err, dipinjamkan kepada Along. Ye la, sebagai satu daya penggerak kat dia so that dia tak give up duduk jauh-jauh kat Kelantan tu. Hari tu dah cendawan dah kejap kat rumah Mummy dan Abah, nak ikut kitorang balik Melaka la, nak quit kerja kerajaan la, apa la...Macam-macam si cendawan kelememe tu. Siapa Mummy dan Abah? Dia adalah mak sedara kami yang duduk di Kelantan. 

Mummy dan Abah bersama Pak Jenal dan Makcik Koyah
Ok..Ok..Sebelum hantar Along si cendawan ke Kelantan, kami singgah dulu Perak nak melawat Opah terchenta. Opah sakit. Dia dah mula lupa siapa kami semua. Tapi Opah tetap Opah.. Penyayang walaupun tak kenal kitorang. Opah main hentam je nama kitorang. Yang best, dia boleh mengumpat pasal aku masa sembang dengan aku sebab dia tak tau aku adalah aku..(ok, apa aku cakap ni???)


Opah: Kamu ni siapa?
Aku: Ejat la pah..
Opah: Huh, Ejat tu yang aku bela dulu..Dia dah lama dah tak balik jenguk aku..
Aku: (Oh, otak dah semakin jahat)..La...ye ke...Apasal dia tak balik pah..
Opah: Ntah le...aku pun tak tau. Apa la cerita dia..Sihat ke tidak, dah kahwin ke belum aku pun tak tau la..
Aku: Si Ejat tak balik sebab Opah tak sayang dia kot......
Opah: Apa pulak..Bukan tak sayang, sayang.......

ok..dah stop dah mengena opah..Tak baik kenakan orang tua lama-lama..hehe..Masa kitorang balik kampung, Otam and the gang holiday kat Cameron Highland. Tapi dapat la jumpa dengan dorang. Hilang rindu nak jumpa budak-budak gonjeng 3 orang tu, Haziq, Wafiq dan Iman. So, Yasser, next time kitorang balik kampung kita plan sesama ok, boleh la Cu jat ni lepas rindu kat budak comot si Ieqa pulak..

Biar gambar yang bercakap ok..malas dah nak taip panjang-panjang..

Amboi..Manjanya Opah dengan Makcik Koyah
Oh, budak gonjeng yang manja suka orang peluk dia
Opah nampak sihat sebab dia suka anak, menantu, cucu balik jenguk dia
Wafeeq memang suka bergambar
Haziq pulak suka ambil gambar tapi nak bergambar dengan dia..Oh, seksa!
Along, Wafeeq dan Otam berlatar belakangkan toilet kegemaran cucu-cucu
Lepak tengok cartoon dengan budak-budak
Makanan yang dimasak secara bergotong royong memang sangat sedap
Wafeeq membelek strawberry salut choc yang aku buat.hehe
oh..Pak Jenal sangat berselera untuk makan kalau berada di kampung
Dan Wafeeq mewarisi selera makan-di-kampung-sangat-sedap Pak Jenal
Ini Ieqa yang Cu jat dah rindu sangat
So, tu je la nak membebel hari ni. Nanti-nanti boleh la update cerita lain pulak..Nak update entry bergambar, kamera pulak takde dengan aku. 

Anyway, Good Luck Zati untuk tahun 2011 ni.

1 Kisah Mengisah:

Bungakopi said...

sudah 18 hari utk 2011. huhuh. gudluck zaty.