Dating Dengan......

Thursday, September 30, 2010

Assalamualaikum and Selamat malam peeps..

Makcik Koyah
Mula-mula nak cerita pasal makcik Koyah. Makcik Koyah hari tu sesak nafas. Masya-Allah degilnya bukan main la. Dalam sesak-sesak nafas ni, Makcik Koyahh bersilat berkungfu bersilambam seorang diri kat rumah dok bersihkan rumah yang tinggal lama sebab raya sakan-sakan kat kampung itu hari. Lepas tu semput la Makcik Koyah kat rumah tu. Nak dijadikan cerita, Makcik Koyah pun ditahan masuk jel eh silap..masuk hospital..Dr Kuan kat Hospital Selayang, I Lap U lah. Tenkiu la tahan Makcik Koyah masuk wad. Kalau tak, abis semua pencak jurus silat dia buat kat rumah tu. Makcik Koyah ni pantang nampak habuk. Asal ada habuk habis satu rumah dia godak nak bersihkan. Sebiji memang fotokopi lah perangai arwah nenek dulu.

taken from Google


Makanya, sebab Makcik Koyah ni banyak lah penyakitnya, Lelah la Diabetic la high blood pressure la, jadi Dr Kuan pun tahan dia sebagai patient yang high risk in H1N1. Ye, kawan-kawan..H1N1 masih bersama kita..Aku pun dah lama buat-buat tak kenal H1N1 ni.*hiks*


taken from Google

Lepas Makcik Koyah dibenarkan pulang, Along pulak mengadu sakit-sakit badan. Rupa-rupanya dia sudah berjangjit dengan Yasser dan anak Yasser. Itu Hari masa raya Yasser dan Ika demam campak..Ye..kalau raya, semua rasa sakit hilang. badan merenyam macam mana sekalipun tetap gigih untuk sambut Syawal. Aku dah pernah kena so Ika tu memang rajin aku kelek ke hulur ke hilir. Tup-tup lepas seminggu Along pulak kena.

Jadinya, semalam aku hantar la budak pelentong ni balik rumah. Aku pun tak tau la siapa jaga siapa. Mak lelah, Along pulak kena pelentong. Korang pandai-pandai la jaga diri masing-masing ek. Muahaha..Hari ni aku balik Bangi bawak kereta Along.

Apa ek aku nak cerita ni? macam rojak buah je entry ni. suka hati la labu..Oh..tadi aku dating. Best betul dating. Mula-mula g Mamak. masing-masing kenyang tapi desire nak jumpa tu tinggi. Makanya makan pun bodoh-bodoh je la..Pastu masing-masing tekak nak makan aiskrim. Kami pun pergi la Drive thru beli sundae. Itu lah. Kalau dating dengan best friend aku, Syikin, memang tak tentu hala je. asal dapat gossip banyak-banyak pun cukup. Dengan Syikin, semua hal aku boleh cerita.

Rindu sebenarnya nak dating dengan Syikin. Asyik bertangguh je. Masing-masing busy. Konon...Selalu sekarang ni dating dengan Along je la. Setiap kali waktu free mesti lepak kat rumah dia yang best tu. Sejak-sejak Along pindah masuk kuarters, aku lebih senang menghabiskan masa kat situ. Sangat tenang. Dan sangat jimat sebab boleh masak. Jadi boleh bilang sangat la dengan jari berapa hari seminggu aku kat UKM ni. Aku lebih suka berulang-alik dari duduk kat Kolej Zaba yang membosankan.

Tu je la rasanya nak menceceh hari ni. Nanti ntah bila lagi dapat menceceh. Sekarang hari semakin padat. Ok la. Take care ye kawan-kawan.. Jaga kesihatan ok..Awasi Jarak dengan orang yang batuk, selesema, bersin or sebagainya ok..

Bye....


Nota di kaki kiriku: Orang demam campak or Pelentong boleh mandi ok. Jangan la pantang sangat sampai mandi pun taknak. Ni pesanan khas untuk Kakakku yang dah plan siap-siap tak mahu mandi nak lap-lap je masa on the way balik Melaka semalam. Lagi tak mandi lagi miang merenyam tak tidur malam la korang..

Raya Was Fun

Tuesday, September 21, 2010

Assalamualaikum and Hello Peeps!!

Raya this year?Awesomeness..Last minute decision to Raya in Perak so around 10-15 minutes before buka puasa on the last day of puasa, family kami packing and pecut back to Perak. Buka Puasa dalam kereta was fun yet not that comfy. Kami sampai Kampung Permatang, Sri Manjung, Perak around 12.30 am. Kami ingat kami la family yang last to arrived tapi bila sampai halaman kampung, takde siapa yang balik kecuali Yasser and family.

Opah still kuat no penyakit at all kecuali limping legs and also tak berapa ingat. Kebanyakkan cucu langsung dia tak ingat. As for me and Along, Opah ingat Along dulu before me. Along, Me and Yasser Opah kind of ingat lagi sebab 5 tahun kot dia bela kami dulu.

Hari Raya pertama hujan renyai-renyai. So since kami pun sikit je kat rumah, takde la aktiviti raya yang menarik. Nak-nak pulak anak Yasser kena demam Pelentong so takde la kata nak raya rumah sedara mara sangat. Famili yang lain started to arrived petang raya. itupun ramai yang balik sekejap. Tahniah to Abang Haris and Kak Wan sebab raya dengan newborn baby. Sorry, tak ingat nama baby just ingat baby tu panggilnya Nisa'. Tahniah also to Kak Ida and Hubby sebab raya dengan newborn jugak, Adam.

Raya Kedua, Family Acu balik. Acu baru je balik from UK so sangat best pekenakan anak-anak Acu. Mak Aih..Speaking sampai I pun tak paham. Ngan Opah pun speaking English sampai Opah kata dorang kambing sebab cakap merepek-repek.

Malas nak cerita panjang so let pictures do all the talking.
Mak And Ayah
Mak, Ayah dan Opah
Famili with Opah
Yasser, Fiza (wife), Ika and Opah
Famili Ayie and Opah
Anak-anak Opah (4 out of 11)
Those yang balik raya
Yours truly and mak

Along with Ika
Ika cuba bagi peace signal
Ika anak yasser
Pak Andak's Family
Fooling around dekat anjung
Recapture the feeling time kecil-kecil dulu
Hard time untuk pose dengan Iman Faliq
3 budak Mat salleh celup
Adults yang over trying to teach those 3 mat salleh celup to say belacan
Acu's Family
Fooling Around
Orang Kuat Dapur berkirap sebab kepanasan
Couple yang shy-shy cat
2 generations having some chitchat
mak and Along
Farzana and Along
Family Mak chik
Luar rumah Opah
Ika ajak Cujat main kat luar
Aksi di pagi raya ke3
Acu and Mak
Anak abg Haris and Kak Wan
Makan di rumah Pak Uda De'ei
Makan sampai kembung yet managed to camwhore
Perbincangan hebat kes Sosilawati
Pak Uda De'ei ala-ala YB
Mak Uda dan Acu
Pak Uda jamu aiskrim
tunggu Opah siap
Families
Famili Pak yang
Yasser and Along
Abang Haris And Kak Wan with newborn
 Apa-apa pun thanks to Nyah and Otam sebab prepare awesome foods sepanjang raya ni. Kek Otam sedap gila sampai sekarang still kecur air liur. Thanks to Along sebab dengan baik hati belanja kitorang makan pizza malam tu. Takpe, nanti I keje nanti I belanja Raya tahun depan k. 

Second raya, Acu bawa kami escape kepenatan tetamu dengan belanja kami makan Mc D. Haih, murah rezeki tahun ni. ramai nak belanja.


Next entry..kita tunggu updates for pertunangan Kocham pulak..


take care peeps..


Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin..